CHELSEA 1 AL HILAL 0
Penolong jurulatih Chelsea, Zsolt Low, memuji aksi mengagumkan Kepa Arrizabalaga dalam kemenangan separuh akhir Piala Dunia Kelab ke atas Al-Hilal, awal pagi tadi.
Pemenang Liga Juara-Juara (UCL) 2020-21 itu mara ke final untuk mengadakan pertemuan dengan Palmeiras selepas mengatasi juara Asia itu 1-0.
Gol Romelu Lukaku pada minit ke-32 itu memastikan kemaraan di Stadium Mohammed bin Zayed di Abu Dhabi dengan menolak masuk satu peluang terhidang di depan gawang, tetapi ia adalah satu persembahan hambar daripada Chelsea.
Selepas menguasai 61.9 peratus permainan sepanjang separuh masa pertama, The Blues mengendurkan rentak selepas rehat dengan 45.4 peratus penguasaan bola dan terpaksa bergantung ketangkasan Kepa bagi memastikan Al-Hilal disekat.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu yang diberi peranan berikutan ketiadaan Edouard Mendy -- yang baru kembali daripada meraikan kejayaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bersama Senegal -- sebelum ini bertindak cemerlang menafikan tendangan pemain Plymouth Argyle, Ryan Hardie, dalam penentuan sepakan penalti Piala FA, hujung minggu lalu.
Dia kemudian meneruskan kecemerlangannya dengan menafikan usaha Mohamed Kanno awal pagi tadi.
Sehubungan itu, Low -- yang mengambil alih tugas di Chelsea sementara ketiadaan Thomas Tuchel berikutan positif COVID-19 -- amat gembira dengan prestasi penjaga golnya.
"Kepa sangat penting," katanya.
“Dalam perebutan piala, dia mempamerkan satu detik penting untuk menyelamatkan sepakan penalti.
“Hari ini apabila kami memerlukannya, dia ada di sana dan melakukan satu penyelamatan yang mustahak.
"Dia dalam prestasi yang sangat baik; dia beraksi dan berlatih dengan baik. Kami bertuah memilikinya.
“Untuk hari-hari berikutnya, kami perlu memutuskan siapa yang akan bermain dalam final.
"Kami perlu menunggu pendapat Thomas dan jurulatih penjaga gol sebelum kami membuat keputusan untuk perlawanan akhir."
Low turut memuji Lukaku yang menyumbat gol pertamanya sejak kemenangan 5-1 ke atas Chesterfield dalam FA pada 8 Januari lalu.
Selain jaringannya, pemain antarabangsa Belgium itu hanya berkesempatan melancarkan satu percubaan ke arah gawang -– tepat ke arah penjaga gol -– selain terperangkap dengan ofsaid sebanyak tiga kali.
Begitupun, Low menegaskan dia tetap gembira dengan kudrat yang dicurahkan penyerang itu.
"Semua orang sangat gembira dia dapat mencetak gol," tambahnya.
“Dia berjuang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam perlawanan terakhir; sebab itu kami memberinya peluang.
"Kami mengharapkan sedikit tuah buatnya untuk menjaringkan gol hari ini. Dia sangat gembira, begitu juga kami dan berharap dia dapat meneruskan usahanya dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir."
Astro Arena
Thu Feb 10 2022

Lukaku (kiri) dikejar pemain lawan Ali Al Bulayhi ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab antara Al Hilal dan Chelsea di Abu Dhabi, UAE, 9 Feb, 2022. (Foto AP)
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.

Chelsea raih bekalan tipis di Copenhagen
Walaupun bergelut di babak pertama, perubahan taktikal Enzo Maresca selepas rehat berjaya membuahkan hasil buat The Blues.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.