SKUAD doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Pasukan negara dibarisi gandingan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin.

Sementara Korea yang menewaskan Singapura dalam aksi pusingan terdahulu cuba memberikan tentangan dalam set pertama, bagaimanapun tunduk 11-15 kepada Malaysia.

Mempamerkan kebangkitan dalam set berikutnya, Korea berjaya menang 17-15 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Kembali memperkemaskan permainan, Malaysia tidak memberikan ruang buat Korea sebelum memastikan kemenangan 15-8 untuk layak ke separuh akhir.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro