KUALA LUMPUR: Semangat penyokong Harimau Malaya jelas membara apabila lebih 55,000 tiket telah terjual bagi aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan sebanyak 56,742 tiket berjaya disambar peminat bagi aksi 'Derbi Seberang Tambak' setakat jam 5 petang ini, sekali gus melepasi rekod kehadiran 29,961 penonton ketika Malaysia membelasah Laos 3-0 di gelanggang keramat tersebut, 24 Dis lalu.
Tinjauan Bernama mendapati walaupun hujan lebat mulai jam 5 petang tadi, bahang perlawanan 'hidup mati' skuad kebangsaan semakin dirasai menjelang sepak mula jam 8.30 malam ini sehingga menyaksikan peminat bersesak untuk berteduh di ruang pejalan kaki sebelum memasuki stadium yang mula dibuka 4 jam petang.
Bagi pelajar universiti awam, Mohamad Syahin Masrizal, 20, beliau mengharapkan agar hujan bakal membawa rahmat kepada pasukan bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk mengatasi Singapura dan seterusnya mara ke separuh akhir.
"Kalau ikut cuaca macam ini, permainan kedua-dua pasukan akan perlahan dan kurang rancak, tapi saya rasa Malaysia menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim," katanya ketika ditemui Bernama.
Dalam pada itu, eksekutif pemasaran, Ahmad Mustaqim Mustafa, 41, sanggup hadir terus ke stadium dari tempat kerja bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
"Saya tak sempat tukar baju, terus ke stadium, nasib baik tak hujan ketika dalam perjalanan tadi," katanya.
Pekerja restoran, yang hanya mahu dikenali sebagai Arbi, 24, pula memanfaatkan cuti awal tahun untuk menonton Harimau Malaya buat kali kedua di sini, selepas berbuat demikian ketika pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas mengatasi Bangladesh, 4-1, dalam peringkat kelayakan Jun lepas.
"Kebetulan cuti hari ini, saya pun tanpa fikir panjang terus beli tiket semalam. Saya doakan Malaysia menang 2-1 menentang Singapura," katanya.
Singapura, juara empat kali dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir, kini mempunyai kelebihan satu mata di kedudukan kedua Kumpulan B manakala Malaysia ketiga dengan mengumpul enam mata.
Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan pendahulu Vietnam, melayan kunjungan Myanmar di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023

Para penyokong skuad Harimau Malaya yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi perlawanan bola sepak Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia menentang Singapura malam ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.