KUALA LUMPUR: Pembatalan secara rasmi empat saingan kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 membabitkan dua wakil negara, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC), akan diketahui selewat-lewatnya Rabu ini, kata Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John.
Windsor berkata AFC mempunyai masa sehingga Rabu untuk menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan bagi menganjurkan saingan kumpulan itu yang sepatutnya berlangsung 29 Jun hingga 6 Julai sebelum keputusan berhubung pembatalan dimuktamadkan.
"Jawatankuasa pertandingan sudah buat keputusan mana-mana saingan kumpulan yang tiada tuan rumah boleh dibatalkan. Kita akan maklumkan dalam dua hingga tiga hari lagi, kalau tanya hari ini (rasmi dibatalkan) belum lagi, surat masih belum keluar.
"Masih ada beberapa hari untuk kita (AFC) terima jika ada mana-mana pasukan boleh beri tawaran menjadi tuan rumah," katanya kepada Bernama hari ini.
KDA FC dan TFC masing-masing diundi dalam Kumpulan H dan I saingan kejohanan itu sementara dua lagi kumpulan yang turut berdepan pembatalan adalah Kumpulan D dan G.
Pada Mei lepas, Singapura menarik diri daripada menganjurkan saingan Kumpulan H dan I Piala AFC 2021 berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu di rantau ini sekali gus menjadikan perjalanan masuk ke republik itu agak mencabar bagi pasukan dari luar negara.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini turut dilaporkan tidak berhasrat memohon untuk menjadi tuan rumah bagi saingan kumpulan tersebut berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negara ini.
Sementara itu, AFC dalam kenyataan hari ini berkata perlawanan di semua peringkat yang tidak boleh dimainkan disebabkan perkara yang timbul akibat pandemik COVID-19 akan dibatalkan dan pembatalan sedemikian akan diiktiraf sebagai 'force majeure' atau tidak diduga atau dikawal.
"Kalau dulu pasukan tidak tahu ia akan dibatalkan, sekarang mereka sudah tahu jadi mungkin mana-mana pasukan ada perkembangan terbaru untuk menjadi tuan rumah, kita alu-alukan kalau tidak kita terpaksa batalkan," tambah Windsor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

AFC mempunyai masa sehingga Rabu untuk menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan bagi menganjurkan saingan kumpulan itu. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KDA FC perlu buktikan layak beraksi di AFC - Syazwan Zainon
Barisan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu membuktikan yang pasukan itu layak untuk beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan bermula di Bali, Indonesia pada 24 Jun depan.

Piala AFC: AFC tunggu sehingga Rabu batal saingan kumpulan
AFC mempunyai masa sehingga Rabu untuk menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan bagi menganjurkan saingan kumpulan itu.

Kedah, Terengganu FC akan bertandang ke Singapura dalam saingan Piala AFC
Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.

Sukar atur perlawanan persahabatan di negara Arab - Kim Swee
Sebahagian besar negara Asia Barat hanya akan bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya ia diadakan di sana.

Ribuan penyokong sambut kepulangan wira JDT
Kejayaan pasukan JDT merangkul kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia Sabtu lepas terus diraikan apabila ribuan penyokong sanggup membanjiri Dataran Bandaraya Johor Baharu malam ini.