ALOR SETAR: Barisan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu membuktikan yang pasukan itu layak untuk beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan bermula di Bali, Indonesia pada 24 Jun depan.
Ketua Pasukan KDA FC Syazwan Zainon berkata peluang untuk beraksi dalam AFC bukan sesuatu yang mudah, bahkan ada pemain yang tidak dapat merasa untuk bermain di AFC sehingga bersara.
"Peluang bukan datang selalu dan kalau kita tengok dalam Liga Malaysia pun Kedah tidak ada tempat untuk ke AFC. Jadi, bila ada peluang ini kena ambil dan gunakan sebaik mungkin untuk buktikan kepada semua pihak.
"Buktikan, supaya mereka boleh tengok dan nilai prestasi kita yang walaupun dalam Liga Malaysia, pasukan tidak okay tetapi di pentas AFC pasukan kita mampu menghasilkan sesuatu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.
Dalam saingan peringkat kumpulan, KDA FC diundi dalam Kumpulan G bagi saingan Piala AFC 2022 yang dijadualkan bermula 24 hingga 30 Jun depan bersama tiga pasukan lain iaitu, Kaya FC (Filipina), Bali United FC (Indonesia) dan Visakha FC (Kemboja).
Sementara itu, Syazwan berkata Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak juga telah membuat persediaan yang begitu rapi kepada semua pemain sebelum berangkat ke Indonesia.
"Selepas berehat daripada Liga Malaysia, persediaan memang dibuat hari demi hari. Jadi, pihak pengurusan, kejurulatihan, peminat serta pemain itu sendiri memang meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk layak ke peringkat seterusnya.
"Perlawanan pertama menentang Bali United FC pada 24 Jun depan akan menentukan hala tuju pasukan dan saya yakin barisan pemain senior, muda, lama dan baharu ini akan dapat beraksi dengan baik walaupun kuota pemain import masih belum lengkap," katanya.
Dalam pada itu, penyerang KDA FC Ronald Ngah Wanja berkata beliau yakin pasukan telah membina banyak perkara positif sepanjang tempoh empat minggu lalu walaupun mencatatkan keputusan tidak membanggakan dalam liga.
"Objektif kami pergi ke Bali dan berada di kedudukan teratas. Untuk menjadi pemenang, kami harus memenangi setiap perlawanan di sana. Saya mahu menjaringkan gol, tetapi jika saya dapat membantu pasukan menjaringkan gol, saya akan lakukan kerana yang penting adalah untuk menang dan kami mengimpikan untuk meletakkan Kedah di ranking lebih tinggi dalam AFC.
"Bagi pasukan lawan kami, saya melihat beberapa video permainan mereka dan jika mereka mempunyai mata yang kukuh, begitu juga kami. Apa yang penting sekarang adalah untuk memberikan yang terbaik sebagai satu pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Dalam saingan peringkat kumpulan, KDA FC diundi dalam Kumpulan G bagi saingan Piala AFC 2022 yang dijadualkan bermula 24 hingga 30 Jun depan. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Victor harap khabar angin KDA FC bakal disingkir dari Liga Super tidak benar
Andrag berharap khabar angin yang mengatakan pasukan itu bakal disingkirkan dari Liga Super ekoran masalah yang dihadapi, tidak benar.
Nafuzi sah tinggalkan KDA FC
Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu telah menerima permohonan peletakan jawatan daripada Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain, hari ini.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Penyokong diminta faham situasi pasukan KDA FC
Mohd Nafuzi Zain memohon agar penyokong dan peminat memahami keadaan pasukan serta menerima keputusan yang memihak kepada Selangor FC.
Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.
Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.
KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.