Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Sabtu lepas terus diraikan apabila ribuan penyokong sanggup membanjiri Dataran Bandaraya Johor Baharu malam ini bagi menyambut kepulangan wira mereka dari Tajikistan.
Majlis sambutan itu bermula kira-kira 8 malam, namun, para penyokong skuad Harimau Selatan dilihat mula bertandang ke dataran terbabit sejak 5 petang.
Tidak mengira tua atau muda, kebanyakan penyokong dilihat memakai baju jersi JDT sambil membawa sepanduk dan bendera bagi menyatakan kepada sokongan kepada pasukan pujaan mereka.
Yang hadir pada sambutan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim, Bendahari PBNJ Datuk Abd Latif Bandi dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.
Antara ribuan penyokong yang hadir adalah bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, bas yang membawa pemain JDT bersama Piala AFC berarak di beberapa kawasan tumpuan untuk membolehkan orang ramai melihat secara lebih dekat piala yang dimenangi.
Perarakan bermula pada 8 malam dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin menyusuri Jalan Tun Razak-Jalan Wong Ah Fook-Kompleks Galleria@Kotaraya-Lot 1-Hospital Sultanah Aminah dan membuat pusingan U di Gerbang Istana Bukit Serene lalu berakhir di Dataran Bandaraya Johor Baharu.
Pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, 31 Okt lepas, JDT yang juga juara Liga Super melakar sejarah baharu buat arena bola sepak tanah air apabila menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, FC Istiklol, 1-0.
Berucap pada majlis itu, Ismail berkata kerajaan negeri Johor akan memberikan ganjaran kepada para pemain dalam masa terdekat bagi mengiktiraf kejayaan mereka merangkul Piala AFC.
"Saya juga menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sudi mencemar duli bersama-sama turun menyaksikan perlawanan akhir di Tajikistan.
"Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah membawa pembaharuan dalam mencetus fenomena baharu bola sepak negara," katanya.
Beberapa gerai didirikan di sepanjang tepi dataran bagi membolehkan orang ramai memiliki koleksi barangan JDT seperti jersi dan minuman bertenaga.
Majlis malam ini turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan persembahan nyanyian beberapa anak tempatan termasuk juara program Gegar Vaganza, Ayai.
Bernama
Tue Nov 03 2015

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul meraikan kejayaan menjulang Piala AFC di hadapan ribuan penyokong di Dataran Bandaraya Johor Baharu malam ini. - Gambar Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ribuan penyokong sambut kepulangan wira JDT
Kejayaan pasukan JDT merangkul kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia Sabtu lepas terus diraikan apabila ribuan penyokong sanggup membanjiri Dataran Bandaraya Johor Baharu malam ini.