SEREMBAN: Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height dekat sini petang semalam.
Allahyarham difahamkan rebah setelah terkena tendangan pihak lawan sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 pagi ini ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini.
Kakak sulung Allahyarham, Wan Nor Haslinda dihubungi Sinar Harian berkata, keluarga dimaklumkan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
"Jurulatih telah hubungi ayah maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.
"Tetapi saya tak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan lebih kurang jam 2.30 pagi kami diberitahu yang dia telah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, Allahyarham merupakan anak keempat daripada lima beradik dan berada di Seremban untuk pra Sukma sejak Jumaat lalu.
Katanya, kedua ibu bapa serta adiknya kini berada di HTJ untuk menunggu laporan post mortem jenazah Allahyarham.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa dikatakan sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan sudah diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
"Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit dan serta merta terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.
"Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus di bawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan pada masa sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital.
"Bagaimanapun, kami dimaklumkan pesakit meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ awal pagi tadi," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024

Wan Muhammad Haikal. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia
Allahyarham difahamkan rebah setelah terkena tendangan pihak lawan sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 pagi ini ketika mendapat rawatan.

Malaysia sasar tujuh emas di Kejuaraan Silat Dunia 2022
Datuk Megat Zulkarnain Omardin bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada 36 pesilat negara yang bertanding dalam 32 acara.