Beberapa kenderaan polis turut dibakar dalam insiden itu yang menyaksikan penyokong membaling batu ke arah sebuah bas di pusat bandar.
Pihak berkuasa Itali melarang penyokong yang menetap di Frankfurt jhadir ke stadium selepas pergaduhan tercetus pada perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu.
Namun, beberapa penyokong kelab Jerman berkenaan berdegil dan tiba di Itali.
Rakaman video menunjukkan pertembungan antara penyokong dan pasukan polis.
Sebuah kenderaan polis turut dibakar selain kerusi dibaling ke arah pasukan keselamatan itu.
Media tempatan melaporkan penyokong Napoli membaling batu dan botol ke arah penyokong Eintracht yang menaiki bas.
Kira-kira 600 penyokong Eintracht tiba di bandar Itali itu.
"Mereka ini bukan penyokong tetapi penjenayah.
"Adakah mereka akan merusuh begini di Jerman?" soal Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini dalam catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini penyokong kedua-dua kelab bertembung di Frankfurt dan perlawanan ini telah digelar sebagai perlawanan berisiko tinggi.