OLE Gunnar Solskjaer menuntut penggempur Manchester United supaya memperkemaskan sentuhan penyudah dan pergerakan mereka -- dengan bantuan daripada rakan-rakan mereka.
United menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum saingan musim ini digantung akibat penularan wabak koronavirus baru (COVID-19).
Pengurus itu berharap dapat melihat pasukannya menggunakan kesempatan ini untuk memperbaiki aspek di bahagian tertentu permainan mereka termasuk penyudah.
"Pemain sedang menjalani program individu dan mereka mempunyai diet tersendiri dan dalam tempoh ini, saya harap mereka dapat memanfaatkannya dengan melakukan sesuatu yang istimewa, sesuatu yang spesifik buat peranan dan tugasan mereka," katanya kepada laman sesawang kelab itu semalam.
"Penyerang harus meningkatkan jaringan atau pergerakan mereka. Kebanyakan pemain mempunyai kemudahan yang baik di laman rumah masing-masing jadi saya harap isteri mahupun teman wanita mereka boleh melakukan beberapa hantaran dan sepakan lintang.
"Saya pula berada di laman rumah dengan meluangkan masa dengan anak-anak."
Solskjaer telah menghabiskan waktunya bersama keluarganya sambil tetap berhubung dengan pemain dan kakitangannya.
Bekas pemain Norway itu berkata ia adalah sukar untuk merancang bilakah saingan musim ini akan bersambung atau sama ada ia akan diteruskan.
"Saya akan terus berhubung dan berkomunikasi dengan kakitangan dan pemain. Sudah tentu, saya sudah biasa melihat mereka setiap hari selama berjam-jam lamanya, jadi ini sesuatu yang berbeza," katanya lagi.
"Saya hanya dapat berhubung dengan mereka melalui kumpulan WhatsApp dan mesej. Kami mempunyai perancangan sesi yang akan dimulakan sebaik sahaja boleh kembali (berkumpul). Tetapi ia belum pasti dan kami langsung tidak pasti bilakah ia akan bermula.
"Itulah kebaikan teknologi jadi kami bernasib baik. Kami boleh terus berhubung dan melihat antara satu sama lain. Kami boleh menghantar mesej dan membalas dengan cepat malah kadang-kadang akan bersembang lama menerusi telefon. Kami sentiasa berhubung."
Astro Arena
Wed Apr 01 2020
Ole Gunnar Solskjaer ketika sesi latihan di Kompleks Latihan Aon, Manchester, Britain, 11 Mac, 2020. REUTERS
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Pantau Agenda Reformasi: Masa depan ekonomi Malaysia (Forum Ekonomi Malaysia)
Datuk Dr Madeline Berma, Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahmad Faedzal tamat khidmat Ketua Pegawai Eksekutif ISN Februari ini
Ahmad Faedzal Md Ramli akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) pada 24 Feb ini.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.