PENINJU kelahiran Rusia, Maxim Dadashev maut selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala semasa pertarungan dalam sebuah gelanggang di Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan dalam pertarungan sengit di sewaktu menentang Subriel Matias dari Puerto Rico.

"Ia sangat sedih. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan," kata Presiden Persekutuan Tinju Rusia, Umar Kremlev kepada portal Sport Express.

Persekutuan Tinju Rusia menjelaskan bahawa mereka akan membayar kos pengebumian Dadashev dan membayar pampasan kepada keluarganya.

Menurut pengasas Top Rank, Bob Arum, Dadashev ialah pemuda yang hebat dan mereka sangat berdukacita dan terkesan dengan pemergian peninju itu.

"Maxim adalah seorang pejuang yang berbakat di dalam gelanggang dan seorang suami serta bapa yang penyayang di luar gelanggang. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga dan rakan-rakannya," tambah beliau.


Dadashev mula menunjukkan simptom trauma di bahagian kepala semasa berjalan semula ke bilik persalinan berikutan pertarungan di Teater di MGM National Harbour.

Jurulatihnya, Buddy McGirt, telah menghentikan pertandingan beberapa minit sebelum pusingan ke-11, setelah Dadashev menerima tumbukan kuat di kepalanya.

Dadashev kemudian muntah dan segera diangkut oleh pihak kecemasan dan dibawa ke hospital untuk pembedahan kecemasan.

Semasa prosedur dua jam awal Sabtu di Pusat Hospital Prince George, Dadashev menunjukkan kesan cedera di bahagian kanan tempurung kepalanya dan bahagian tersebut dikeluarkan untuk melegakan bengkak dari hematoma subdural.

Ekoran itu, pihak Persekutuan Tinju Rusia mengambil tindakan untuk membuat siasatan terhadap tragedi tersebut.