PENGERUSI Everton FC, Bill Kenwright meninggal dunia pada usia 78 tahun, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.
Kenwright, yang merupakan pengerusi paling lama berkhidmat bersama The Toffees di Goodison Park selama lebih satu abad, menggantikan Philip Carter pada 2004.
"Kenwright meninggal dunia pada malam Isnin, dikelilingi oleh keluarga dan orang tersayang.
"Kelab ini telah kehilangan seorang pengerusi, seorang pemimpin, seorang kawan dan seorang inspirasi," kata kenyataan kelab itu.
Bekas tonggak Everton, Wayne Rooney yang kini memimpin kelab Liga Kejuaraan, Birmingham City FC berkata, hatinya hancur mendengar berita pemergian Kenwright.
"Bill yang saya kenali sejak muda mempunyai impak yang besar kepada saya sebagai seorang individu dan kerjaya.
"Lelaki yang hebat dan inspirasi yang besar. Ingatan bersama semua keluarga dan rakan Bill," katanya.
Dalam 19 musim Kenwright sebagai pengerusi, Everton FC memperoleh 12 tempat lapan teratas, termasuk tempat keempat pada 2005
The Toffees juga mara ke perlawanan akhir Piala FA 2009 dan layak ke kejuaraan Eropah sebanyak enam kali.
Kelab kendalian Sean Dyche yang kini menduduki tangga 16 liga - dua menang, satu seri, enam tewas - akan bertandang ke Stadium London berdepan West Ham United pada 29 Oktober.
Kelab Merseyside itu kemudiannya akan menyingkap tirai Pusingan 16 Piala Liga menanti Burnley di Goodison Park pada 2 November. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 25 2023
Kenwright merupakan pengerusi paling lama berkhidmat bersama The Toffees di Goodison Park selama lebih satu abad. - Foto REUTERS
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengerusi Everton FC meninggal dunia pada usia 78 tahun
Kenwright merupakan pengerusi paling lama berkhidmat bersama The Toffees di Goodison Park selama lebih satu abad.