GESAAN supaya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletak jawatan rentetan isu surat layang baru-baru ini disifatkan satu tindakan yang kurang wajar dan bukan jalan penyelesaian terbaik demi kemajuan bola sepak negara pada masa depan.
Sebaliknya, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee menegaskan, dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia sejak menerajui badan induk tersebut pada 2018 adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta.
"Pihak yang menyuruh Datuk Hamidin letak jawatan itu mungkin lupa atau sebenarnya tak tahu yang ranking skuad Harimau Malaya ketika Datuk Hamidin mula menjadi Presiden FAM pada Julai 2018 ialah di tangga 171 dunia dan ia berjaya diperbaiki dengan cukup baik sehingga kita berjaya mencapai ranking terbaik iaitu 130 dunia pada tahun lalu. Ini satu kejayaan.
"Di zaman Datuk Hamidin ini juga kita dapat melihat pasukan kebangsaan kita mula mampu kembali mencabar pasukan-pasukan di ranking lebih baik, antaranya Kyrgyzstan, Turkmenistan dan India, selain berjaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas 43 tahun dan mampu untuk mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3.
"Semua ini memerlukan masa untuk kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Jadi untuk mengatakan Datuk Hamidin tidak buat apa-apa untuk bola sepak Malaysia di sepanjang enam tahun ini, adalah satu tanggapan yang sama sekali tidak tepat.
"Malah bagi saya, FAM masih memerlukan Datuk Hamidin sebagai presiden," kata Kim Swee yang pernah menjadi pengendali Harimau Malaya pada 2016 hingga 2017.
Kim Swee yang juga bekas Pengarah Teknikal FAM yang kini merupakan pengendali Sabah FC turut berpendapat bahawa jawatan Ahli Majlis FIFA yang dimenangi Hamidin pada 1 Februari 2023 juga memainkan peranan cukup penting untuk beliau terus memegang jawatan Presiden FAM.
"Apa jadi kalau Datuk Hamidin letak jawatan sebagai Presiden FAM sekarang? Sudah tentu, satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia kerana Datuk Hamidin memegang kerusi Ahli Majlis FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) itu untuk tempoh satu penggal sehingga 2027.
"Apa guna kita ada beliau masih sebagai Ahli Majlis FIFA tetapi FAM pula diterajui individu lain yang tiada pengaruh di peringkat FIFA mahupun AFC?
"Lagipun kita boleh lihat, hubungan baik beliau dengan pemimpin bola sepak antarabangsa memudahkan kita untuk mendapat bantuan terutama dari segi penjimatan perbelanjaan pasukan-pasukan kebangsaan apabila berlatih dan menyertai pertandingan di luar negara.
"Hubungan baik Datuk Hamidin dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) contohnya telah menjimatkan jutaan ringgit apabila saya difahamkan bahawa pihak SAFF dan QFA yang membantu membiayai kos ketika pasukan kita berada di negara berkenaan.
"Malah, kredibiliti Datuk Hamidin juga membolehkan kita mendapat jurulatih asing yang berkaliber bagi membimbing pasukan-pasukan kebangsaan kita seperti Kim Pan-gon (bola sepak), Soleen Al Zoubi (wanita) dan Rakphol Sainetngam (futsal). Satu lagi kejayaan atau sumbangan besar beliau untuk FAM," jelas Kim Swee.
Selain itu, dakwaan bahawa FAM dan Hamidin gagal meningkatkan tahap Liga Malaysia (Liga-M) termasuk mengaitkan beliau dengan isu tunggakan gaji pemain yang masih melanda di negara ini, Kim Swee berkata, perkara tersebut tidak boleh dituding jari ke arah bekas Setiausaha Agung FAM tersebut semata-mata.
"Untuk mengatakan Datuk Hamidin dan FAM gagal dalam kedua-dua aspek ini adalah tidak tepat kerana FAM kini bukan lagi badan yang mengendalikan Liga-M sejak beberapa tahun yang lalu dan masalah gaji pula, itu sebenarnya perlu ditujukan kepada pengurusan kelab terlibat dan mereka yang sepatutnya bertanggungjawab," tegas Kim Swee. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 09 2024
Gesaan supaya Hamidin meletak jawatan rentetan isu surat layang baru-baru ini disifatkan Kim Swee sebagai satu tindakan yang kurang wajar dan bukan jalan enyelesaian terbaik demi kemajuan bola sepak negara pada masa depan. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.