PERTAHANAN tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Rodney Celvin Akwensive mengakui kesilapan mengasari pemain Perak FC, Seo Seonung pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak pada malam Khamis.
Akibat kekasaran tersebut, Seonung mengalami kecederaan patah hidung dan Rodney serta-merta telah diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal.
Pemain itu dilayangkan kad merah pada minit ke-61 selepas menendang muka Seonung.
"Saya ingin memohon maaf kepada pemain Perak FC, penyokong-penyokong di atas insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia.
"Sejujurnya, saya tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain. Insiden tersebut berlaku secara spontan setelah di kasari. Semoga Seo cepat sembuh," katanya menerusi satu kenyataan di media sosial KDA FC.
Kelab tersebut pula mengharapkan Rodney menjadikan insiden itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang merugikan diri sendiri dan pasukannya.
Terdahulu, Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, biarpun pasukannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 tetapi kehilangan Seonung akan dirasai.
"Kemenangan 3-1 ini dibayar dengan cukup mahal. Saya kehilangan Seo kali kedua kerana saya diberitakan hidungnya patah dan terus ke dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023

Pemain itu dilayangkan kad merah pada minit ke-61 selepas menendang muka Seonung. - Gambar/ KDA FC

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengajaran buat Rodney, tindakan merugikan Kedah
Rodney Celvin Akwensive mengakui kesilapan mengasari pemain Perak FC, Seo Seonung pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak pada malam Khamis.

Play-off kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe lega ...
Menjelang aksi berdepan Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Tang Cheng Hoe, berasa lega apabila semua pemain.