Mendapatkan peruntukan sewajarnya demi kelangsungan bidang sukan di negara ini merupakan cabaran utama bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepanjang 22 bulan menerajui kementerian itu.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata antara perkara yang berjaya dilakukan dalam tempoh itu ialah mendapat tajaan berjumlah RM5 juta bagi persiapan atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jumlah terbesar yang pernah diterima Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kita (KBS) dapatkan penajaan terbesar bagi sukan paralimpik yang kita tidak pernah terima jumlah sebegitu sebelum ini dan buat pertama kali kita akan ada dana tambahan RM30 juta untuk KBS bagi tujuan pembangunan melalui pengenalan cukai gula," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan di Menara KBS di sini, pada Selasa.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha KBS Datuk Dr Waitchalla R.R.V Suppiah, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Kiong dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata sepanjang tempoh menerajui kementerian itu, Syed Saddiq amat mengambil berat soal kebajikan atlet dan pegawai sukan selain usaha memastikan bidang sukan mendapat perhatian khususnya dari segi peruntukan.
"Sukan adalah satu bidang yang menyumbang kepada pembangunan sosial negara dan pada masa sama memerlukan satu kedudukan kewangan yang agak besar.
"Beliau (Syed Saddiq) berjaya mendapatkan beberapa peruntukan yang membantu MSN kerana sebelum ini kita terpaksa bergerak dalam keadaan berjimat cermat untuk memberikan prestasi terbaik," jelas Ahmad Shapawi.
BACA: Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri - Syed Saddiq
BACA: Maaf, saya telah kecewakan anda - Syed Saddiq
BACA: Saya tidak akan bekerjasama dengan perasuah - Syed Saddiq
Syed Saddiq, 27, melakar rekod dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.
Bagaimanapun, beliau terpaksa akur meninggalkan KBS berikutan perubahan landskap politik negara
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
Syed Saddiq bersalaman bersama Steven Sim pada majlis perpisahan anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya, 3 Mac, 2020. --fotoBERNAMA
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.