HANGZHOU: Ratu wusyu negara Tan Cheong Min pernah berada pada tahap terbawah dalam kariernya sekitar tahun 2018 sehingga mengambil masa sebulan untuk memulihkan semangatnya.
Juara dunia 2019 dalam acara nandao itu berkata ia kerana kekecewaan berganda dialaminya selepas kempunan pingat di temasya Sukan Asia 2018 dan tewas di tangan atlet junior pada Sukan Malaysia (SUKMA) sebulan kemudian disebabkan pemotongan markah.
"Markah saya dipotong di Jakarta (Sukan Asia 2018) kemudian dua minggu selepas itu saya beraksi di SUKMA dan tewas kepada junior disebabkan pemotongan markah.
"Ia waktu paling teruk bagi saya kerana rasa tekanan sebagai seorang atlet senior tetapi markah selalu dipotong. Saya ambil masa sebulan untuk pulih daripada itu," katanya ketika ditemui selepas final acara nanquan dan nandao wanita Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, hari ini.
Pada saingan yang berlangsung di Pusat Sukan Xiaoshan Guali itu, Cheong Min meraih pingat perak yang juga pingat sulungnya di temasya berkenaan pada penampilan keduanya selepas menduduki tempat keempat di Jakarta lima tahun lepas.
Atlet berusia 25 tahun itu yang memenangi dua emas di Sukan SEA Kemboja 2023 Mei lepas menyifatkan segala pengorbanan dilakukan dalam tempoh lima tahun untuk memenangi pingat di Sukan Asia sesuatu yang berbaloi.
"Saya lalui banyak perkara selama lima tahun ini, saya menangis kekecewaan, kecederaan, ambil suntikan PRP (platelet-rich plasma), jadi sangat berbaloi," katanya.
Terdahulu, Cheong Min meraih keseluruhan 19.419 mata untuk mengesahkan kilauan perak dengan emas menjadi milik jagoan China Chen Huiying (19.590 mata) manakala wakil Uzbekistan Darya Latisheva membawa pulang gangsa selepas mengumpul 19.403 mata.
Kejayaan dilakar Cheong Min menyaksikan kem wusyu negara akhirnya berjaya menamatkan kemarau 13 tahun tanpa pingat di Sukan Asia selepas kali terakhir disumbangkan Chai Fong Ying yang meraih emas acara taijiquan dan taijijian wanita pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Dalam pada itu, Cheong Min akan mengalihkan tumpuannya kepada persediaan menghadapi Sukan Tempur Dunia di Riyadh, Arab Saudi pada Oktober ini dan Kejohanan Dunia di Texas, Amerika Syarikat sebulan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, Cheong Min meraih pingat perak yang juga pingat sulungnya di temasya berkenaan. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.

Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.

Cheong Min sambar emas di Sukan Tempur Dunia
Ratu wusyu negara Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul pingat emas dalam acara kombinasi nanquan dan nandao wanita pada temasya Sukan Tempur Dunia 2023.

Penantian lima tahun penuh dugaan Cheong Min berbaloi
Pada saingan yang berlangsung di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, Cheong Min meraih pingat perak yang juga pingat sulungnya di temasya berkenaan.

Besi dalam badan tidak halang Zhi Yan genggam emas
Tan Zhi Yan ingin mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatih Loh Choon How yang sudah menabur bakti kepadanya sejak dua tahun lepas.

Sukan SEA Hanoi: Atlet wusyu negara rangkul emas kedua
Zhi Yan pamer aksi cemerlang dengan kutipan mata sebanyak 9.71 sekali gus memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki.