KUALA LUMPUR: Jaguh Paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly yakin mampu menjulang pingat emas keempat berturut-turut dalam penampilan keempatnya di temasya Sukan Para ASEAN (APG) Solo bermula Sabtu ini.
Atlet berusia 25 tahun yang berjaya mengungguli acara lompat jauh lelaki F20 (masalah intelektual) sejak penampilan pertama pada edisi 2013 di Myanmar berkata, segala persiapannya sudah dilakukan untuk menjayakan misi tersebut.
Walaupun bakal beraksi buat kali pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September lepas, juara dunia itu tetap yakin untuk 'terbang' jauh di Solo.
"Saya dah pulih sepenuhnya daripada kecederaan, insya-Allah dapat membawa pulang emas sekali lagi. Setakat ini, lompatan terbaik tahun ini adalah 7.48 meter (m) yang dilakukan pada sesi latihan dan saya sedia bagi 100 peratus.
"Saya tak pasti lagi mengenai saingan di Solo kerana sudah lima tahun temasya ini tidak diadakan. Namun, saya seperti atlet lain, gembira temasya ini dapat dianjurkan pada tahun ini," kata pemegang rekod dunia acara itu dengan lompatan sejauh 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Sementara itu, pembawa Jalur Gemilang ke APG kali ini, Mohd Zikri Zakaria menyasarkan untuk merangkul pingat perak acara lontar peluru F55 (berkerusi roda) pada penampilan keduanya.
"Saya mampu capai sasaran ini sekiranya dapat memperbaiki teknik lontaran dan kawal perasaan saya kerana kurang pengalaman beraksi di APG," katanya yang menunjukkan prestasi meyakinkan pada sesi latihan.
Mohd Zikri yang turut beraksi dalam lempar cakera dan merejam lembing pada edisi 2017 di Kuala Lumpur berkata, beliau memilih lontar peluru kerana mempunyai kelebihan dalam acara berkenaan ketika temasya berkenaan.
Edisi 2019 Filipina (pada awal 2020) dan 2021 Vietnam dibatalkan kerana pandemik COVID-19, menyaksikan Indonesia tampil menganjurkan edisi ke-11 temasya itu bermula 30 Julai hingga 6 Ogos di Solo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Abdul Latif bakal beraksi buat kali pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.

Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.

Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.

Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.

Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.

Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.

Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.