SEPANG: Meskipun rindu kerana lama tidak berjumpa keluarga, pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik sebanyak dua kali, Abdul Latif Romly tidak akan pulang terus ke rumahnya di Beseri, Perlis.
Jaguh lompat jauh para berusia 24 tahun itu mahu terlebih dahulu menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha yang dialami ketika melakukan lompatan keempat pada aksi di Paralimpik Tokyo 2020, sebaik tamat kuarantin wajib 14 hari sebelum balik bertemu ibu bapanya pada Oktober.
"Mungkin saya akan mengambil masa seminggu dua untuk kembali pulih. Sekarang keadaan saya dah okey, cuma ada koyak sedikit dalam 2.5 sentimeter. Mungkin tahap dua sahaja, tidak serius sangat," katanya pada sidang media ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Tokyo, pada Isnin.
Abdul Latif, yang memenangi emas pertamanya di Rio 2016, mengulangi kecemerlangannya di Tokyo apabila meraih emas dengan catatan lompatan 7.45m.
Sementara itu, seorang lagi pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo, Cheah Liek Hou mengakui teruja mencipta sejarah menjadi individu pertama muncul juara sukan badminton selepas sukan tersebut dipertandingkan buat kali pertama di temasya Paralimpik.
Juara kategori lelaki SU5 itu berkata beliau belum boleh berjanji untuk mempertahankan emas tersebut di temasya Paris 2024, tetapi akan mempertimbangkan perkara tersebut memandangkan usianya bakal mencecah 36 tahun ketika itu.
Mengulas mengenai kejayaan menewaskan seteru utamanya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia, yang merupakan pemain nombor satu dunia 21-17, 21-15, Liek Hou berkata beliau dibantu kelebihan pengalaman beraksi di kejohanan besar.
"Mungkin beliau kalah dengan saya kerana terlalu banyak tekanan di sukan-sukan besar macam ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

Abdul Latif, yang memenangi emas pertamanya di Rio 2016, mengulangi kecemerlangannya di Tokyo apabila meraih emas dengan catatan lompatan 7.45m. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.

Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.

Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.

Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.

Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.

Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.

Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.