HANGZHOU: Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik berusia 26 tahun itu disambut dengan sorakan gemuruh sebelum 'diserbu' peminat dalam kalangan wanita yang ingin merakamkan gambar bersama, semasa wakil Malaysia itu menyempurnakan larian obor melalui Jalan Pinglan di daerah Zheijiang itu.
Terdahulu, beliau diberi pengiktirafan menjadi individu ke-59 daripada 110 individu bagi membawa obor susulan pencapaian meraih pingat emas Sukan Paralimpik 2016 Rio de Janeiro, Brazil dan Tokyo 2020.
Abdul Latif yang tidak mahu menghampakan peminatnya itu meluangkan masa melayani mereka yang hadir menyaksikan acara larian obor, selain tidak henti-henti menerima pujian kerana ketampanan atlet kelahiran Perlis itu.
"Ini kali pertama saya diberikan peluang untuk bawa obor, jadi saya sangat gembira. Orang-orang di sini juga sporting," katanya kepada Bernama.
Ia merupakan penampilan ketiga Abdul Latif di pentas Sukan Para Asia selepas 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia dengan beliau berjaya membawa pulang pingat emas bagi acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Abdul Latif disambut dengan sorakan gemuruh sebelum 'diserbu' peminat dalam kalangan wanita yang ingin merakamkan gambar bersama. - Gambar/ Bernama
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Sukan Para Asia: Pencapaian kontinjen negara membanggakan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan Malaysia pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini.
Sukan Para Asia: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara
Mohd Amin Burhanuddin memastikan sasaran 35 pingat pada Sukan Para Asia (APG) 2022 tercapai selepas menghadiahkan pingat perak.
'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan
Kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.
Ridzuan dinobat Atlet Para Lelaki Terbaik Asia
Anugerah yang diterima Ridzuan itu adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Oktober lalu.
Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
Jarak usia bukan halangan hasil kombinasi mantap
Menurutnya, gabungan itu membawa kepada kejayaan mereka di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly di atas kejayaan mereka mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing.