HANOI: Skuad memanah compound negara berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran dua emas dalam Sukan SEA ke-31 selepas pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki berjaya mara ke tiga pusingan akhir - individu lelaki, lelaki dan pasukan campuran di Pusat Latihan Sukan Negara, Bandar Nhon pada Isnin.
Bagi acara individu lelaki, Mohd Juwaidi yang lebih berpengalaman menewaskan pemain Myanmar Zin Thu Rain Mhu 144-139 pada pusingan 1/4 dan rakan senegara Alang Ariff Aqil Mohd Ghazali 140-144 pada pusingan 1/2.
Pemain berusia 31 tahun itu akan menentang Sirapop Chainak dari Thailand pada perlawanan akhir pada Khamis (19 Mei), manakala Alang akan menentang Nguyen Van Day dari Vietnam untuk penetuan pingat gangsa.
Mohd Juwaidi turut mengetuai pasukan lelaki dibarisi Alang, dan Wong Co Wan untuk menyingkirkan trio Filipina Andrei Olano, Florante Matan dan Paul De La Cruz 234-228 untuk merebut pingat emas menentang Adika Hastian, Pratama Hendika Putra dan Wisnu Wardhana Prima, Indonesia.
Dalam acara berpasukan campuran, Mohd Juwaidi bergandingan dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh untuk menumbangkan Nguyen Thi Hai Chau-Tran Trung Hieu dari Vietnam 154-152 dalam suku akhir untuk bertemu Paul De La Cruz-Jennifer Dy Chan dari Filipina.
Mohd Juwaidi berharap dapat meneruskan prestasi cemerlangnya di peringkat akhir untuk menggondol tiga emas pada Khamis.
"Selain meraih tiga pingat emas, saya juga mahu mengubat kekecewaan akibat gagal memenangi emas dalam acara individu kerana sebelum ini, hanya menang perak di KL 2017 dan gangsa di 2015.
"Keadaan angin di sini agak mencabar juga, kita kena sesuaikan diri dengan cepat. Saya rasa pengalaman dan kematangan saya telah membantu dalam laluan ke final ini, harap dapat kekalkan momentum ini pada final," katanya kepada pemberita.
Sejak penampilan sulungnya di Sukan SEA Myanmar 2013, Mohd Juwaidi telah memenangi lima pingat emas, dua perak dan satu gangsa secara keseluruhan.
Sementara itu, dalam acara individu wanita, Fatin tewas ketika menentang Nguyen Thi Hai Chau dari Vietnam 128-140 pada pusingan 1/4, manakala P. Kayalvhily yang pertama kali beraksi, tewas kepada Contessa Loh dari Singapura pada pusingan 1/8 136-137.
Pasukan wanita terdiri daripada Fatin, Kayalvhily dan Iman Aisyah Norazam terlepas beraksi dalam perlawanan akhir selepas tewas kepada pemain Vietnam Ngoc Anh Le Pham, Phuong Thao Le dan Hai Chau 219-225 dalam pusingan 1/2, dan akan menentang Andrea Lucia Robles, Jennifer Chan dan Rachelle Anne Cabral dari Filipina dalam aksi playoff pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Mohd Juwaidi berharap dapat meneruskan prestasi cemerlangnya di peringkat akhir untuk menggondol tiga emas pada Khamis. - Gambar fail/Facebook Mohd Juwaidi Mazuki
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya
Atlet berusia 32 tahun itu, yang menduduki ranking ke-161, akan berdepan Yang Chen-Jui dari Taiwan pada saingan pusingan pertama.
ISG: Pemanah muda wanita negara curi tumpuan
Azreen berpeluang menebus duka apabila beraksi di penentuan gangsa menentang Indonesia, Khamis ini.
Pemanah Mohd Juwaidi menyerlah dalam semua tiga acara
Mohd Juwaidi berjaya mara ke tiga pusingan akhir - individu lelaki, lelaki dan pasukan campuran, pada Isnin.
Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar
Khairul Anuar Mohamad tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki.
Pengalaman di Olimpik Tokyo amat bermakna - Syaqiera
Syaqiera berjaya merekodkan 126 mata dalam keseluruhan 15 panahan pada aksi itu, kurang 7 mata daripada pemanah ranking keempat dunia, Osipova.
Tokyo 2020: Singkir wakil Finland, China, Khairul mara ke pusingan 16
Permulaan saingan menyaksikan Khairul masih lagi berusaha mendapatkan rentak panahannya selepas ketinggalan terlebih dahulu 3-1 dalam dua set pertama.
Tokyo 2020: Syaqiera pamer panahan bergaya, perbaiki catatan peribadi
Syaqiera memulakan saingan hari pertama acara memanah di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara recurve individu wanita.
Tokyo 2020: Khairul Anuar yakin dapat tangani tiupan angin mengelirukan
Khairul Anuar dan pemanah wanita, Syaqiera Mashayikh, akan membuka tirai perjuangan Malaysia memburu pingat emas sulung.
Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen.
Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium.