KUALA LUMPUR: Selepas membenam Hong Kong malam tadi, pemain tengah berpengalaman Safiq Rahim mendedahkan bahawa skuad Harimau Malaya amat dahagakan kejayaan dan menyasarkan untuk layak ke Piala Asia 2023.
Safiq berkata saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula minggu depan adalah peluang buat barisan pemain negara mencipta sejarah dalam lembaran bola sepak tanah air.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata peluang layak ke Piala Asia tidak boleh dilepaskan apatah lagi dengan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri apabila kesemua perlawanan pusingan kelayakan melibatkan pasukan negara berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
"Peluang ini tidak akan datang lagi, saya dan semua rakan sepasukan harus menjalankan tanggungjawab sebagai pemain... kita memang mahukan kejayaan dan mahu layak ke pusingan seterusnya.
"Jadi, saya harap semua peminat bola sepak di Malaysia dapat mendoakan pasukan. Pemain ke-12 amat penting untuk pasukan, jadi sokonglah walau di mana pasukan berada, kami sebagai pemain mengharapkan sokongan daripada semua," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong di sini semalam, yang menyaksikan pasukan negara mendominasi permainan untuk menang 2-0.
Pada aksi itu, Safiq yang dimasukkan pada babak kedua telah menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi sepakan percuma di penghujung permainan selepas pemain sayap negara, Muhammad Safawi Rasid meletakkan skuad bimbingan Kim Pan Gon di depan pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti.
Safiq menyifatkan kemenangan di hadapan kira-kira 19,075 penonton itu serta kejayaan menewaskan Brunei pada aksi persahabatan Jumaat lepas, sebagai motivasi terbaik menjelang aksi sulung Kumpulan E saingan kelayakan bertemu Turkmenistan, Rabu depan (8 Jun) di sini.
"Alhamdulillah, kita dapat bagi yang terbaik untuk pasukan (dalam dua perlawanan persahabatan) dan ada beberapa kekurangan akan diperbetulkan, (dan) kita masih ada masa lagi sebelum perlawanan pertama," katanya.
Selepas Turkmenistan, tiga hari kemudian anak buah Pan Gon akan menentang Bahrain (11 Jun) dan menamatkan saingan kempen kelayakan berdepan Bangladesh pada 14 Jun.
Sekiranya berjaya muncul juara kumpulan atau menjadi antara lima pasukan di tempat kedua terbaik pada saingan kelayakan, skuad kebangsaan akan menamatkan penantian lebih 40 tahun layak secara merit ke Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
![Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654138226_HarimauMalaya.jpg)
SAFIQ: Pemain ke-12 amat penting untuk pasukan, jadi sokonglah walau di mana pasukan berada, kami sebagai pemain mengharapkan sokongan daripada semua. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Bola sepak Malaysia di fasa transisi Bola sepak Malaysia di fasa transisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733963875_Bolasepak.jpg)
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
![Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710556190_tbHarimauMalayaNe.jpg)
Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman
Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup malam tadi.
![Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709110800_TBIndonesiajpg.jpg)
Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.
![Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708057801_TBFifaworldjpg.jpg)
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
![Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707615549_TBAkramAfif.jpg)
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
![Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707606031_TBAsianCup.jpg)
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
![Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia? Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707451336_TBWeekGlobaljpg.jpg)
Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023.
![Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707341379_TBAkramAfif.jpg)
Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final
Selepas The Maroons menyingkirkan juara tiga kali Iran malam tadi, Afif berkata, kejayaan Qatar tidak akan berhenti setakat di sini.
![Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707344958_ArdeshirGhalehnoy.jpg)
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
Kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
![Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707341511_TBAlmoezAli.jpg)
Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran
Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama.