KEMPEN Kelayakan Piala Asia 2024 di Chonburi, Thailand bulan depan menjadi medan terbaik buat skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara menebus duka atas kegagalan mereka pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand baru-baru ini.
Malah, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya kehadiran dua pemain berpangkalan di luar negara - Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu memberikan 'kesegaran' buat Harimau Muda bagi mengharungi tugasan kali ini.
“Melihatkan senarai pemain yang dipanggil bagi mengikuti kem latihan pusat skuad B-23 negara, boleh saya katakan ia adalah barisan terbaik dan cukup lengkap dengan himpunan pemain berkualiti.
“Dua pemain beraksi di luar negara, ada pemain yang bersaing dalam kancah Liga Super dan mereka juga pernah terdedah dengan aksi di pentas antarabangsa,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan Luqman Hakim dan Nooa yang memiliki pengalaman beraksi bersama skuad senior, antara 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Rabu ini.
Dalam senarai pemain yang dipanggil, 14 pemain yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand, antaranya penjaring terbanyak kejohanan, Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar selain M Rakesh dan Mohamad Saiful Jamaluddin dikekalkan.
Sembilan pemain skuad Sukan SEA 2023 yang tidak beraksi di Rayong, antaranya Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Azam Azmi Murad, T. Saravanan dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman kembali disenaraikan.
Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, bersandarkan barisan pemain yang dipilih kali ini, tidak mustahil buat skuad bimbingan E Elavarasan itu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia di Qatar tahun depan.
“Saya percaya dengan persiapan yang rapi, sudah tentu boleh bawa skuad ke peringkat seterusnya. Kejayaan itu penting selepas skuad B-23 gagal dalam dua kejohanan besar sebelum ini,” ujarnya.
Harimau Muda gagal melepasi sasaran ke final Kejuaraan B-23 AFF 2023 apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat selepas tersingkir awal di peringkat kumpulan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei lalu.
Kim Swee berkata, skuad B-23 negara tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk cuba mencabar pasukan gergasi lain seterusnya mencipta kejutan layak ke Piala Asia 2024 yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Ini adalah peluang terbaik buat setiap pemain untuk membuktikan kemampuan mereka menyerlah di pentas antarabangsa,” katanya yang membawa Malaysia mara sehingga pusingan suku akhir Piala Asia B-23 2018.
Pada kempen kelayakan itu, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan memulakan saingan menentang Bangladesh pada 6 September, diikuti Filipina (9 September) sebelum berdepan Thailand dalam pada aksi terakhir yang dijadual pada 12 September.
Juara kumpulan bersama empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Piala AFF baru-baru ini adalah pentas pemanas badan. Saya percaya Thailand juga akan menyenaraikan pemain utama mereka. Malah Filipina turut mempamerkan peningkatan.
“Justeru para pemain tidak boleh mengambil mudah setiap aksi. Mereka perlu waspada dengan setiap lawan. Apabila berada di pentas antarabangsa level adalah berbeza dengan saingan liga domestik,” ujar Kim Swee. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 30 2023
Luqman Hakim dipanggil mengikuti kem latihan pusat skuad B-23 negara menjelang Kelayakan Piala Asia 2024 di Chonburi, Thailand bulan depan. - Foto Sinar Harian
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
'Peluang tebus maruah negara'
Kim Swee percaya kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu beri 'kesegaran' buat Harimau Muda mengharungi tugasan kali ini.