KUALA LUMPUR: Peluang skuad bola sepak bawah 17 tahun (B-17) negara untuk mara ke Piala Dunia B-17 di Peru dilihat cerah, apabila diundi bersama dua pasukan ASEAN dalam Kumpulan A bagi Piala Asia B-17 2023 yang akan berlangsung di Thailand, Jun ini.
Pada undian kejohanan dua tahun sekali itu di Bangkok hari ini, menyaksikan Malaysia bakal bertemu tuan rumah Thailand, selain Yaman dan Laos, dalam kumpulan sama.
Atas kertas, skuad muda negara dilihat tidak berdepan masalah untuk melepasi peringkat kumpulan apabila cabaran sebenar hanya bakal dihadapi pada pusingan suku akhir di kejohanan berprestij itu.
Skuad Harimau Muda dijangka bertemu antara tiga pasukan terkuat benua ini yang berada dalam Kumpulan B iaitu Korea Selatan, Qatar, Iran atau Afghanistan, sekiranya berjaya muncul juara atau naib juara peringkat kumpulan.
Untuk rekod, empat pasukan terbaik pada Piala Asia B-17 2023 akan mendapat slot ke Piala Dunia B-17 2023 di Peru, hujung tahun ini, sebagai wakil Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad Harimau Muda Osmera Omaro berkata anak buahnya tidak akan mengambil mudah saingan dalam Kumpulan A kerana menyifatkan ketiga-tiga pasukan lawan mempunyai kekuatan masing-masing.
Apatah lagi, katanya, skuad negara bakal berdepan pasukan tuan rumah Thailand yang mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.
"Saya juga tahu pasal Yaman, mereka sangat mengagumkan semasa kelayakan...dan Laos memang pasukan yang akan buat orang susah kerana dia (pemain Laos) punyai disiplin permainan yang baik.
"Kita selesa main dengan pasukan Asia dan Asia Tenggara. Jadi, kita ada peluang yang baik, kita kena ambil kesempatan undian ini dan cuba melangkah sejauh yang boleh," katanya menerusi rakaman audio yang dikongsi kepada pemberita hari ini.
Kumpulan C pula menyaksikan pasukan China, Arab Saudi, Australia dan naib juara edisi lepas, Tajikistan, manakala juara bertahan Jepun mengetuai Kumpulan D bersama-sama Vietnam, India dan Uzbekistan.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad B-17 negara adalah peringkat suku akhir pada 2014 apabila tumpas kepada Australia 1-2 di Bangkok.
Pada Oktober tahun lepas, skuad Harimau Muda mencipta sensasi apabila berjaya melangkah ke Piala Asia selepas membelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Pakansari, Indonesia.
Skuad kebangsaan turut mempamerkan rekod tanpa kalah dengan mengakhiri saingan di kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengutip 10 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Osmera Omaro berkata anak buahnya tidak akan mengambil mudah saingan dalam Kumpulan A. - Gambar fail/ Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.