Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menyifatkan peletakan jawatan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Rashid Sidek sebagai satu kehilangan bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan skuad badminton negara.
Beliau yang terkejut dengan peletakan jawatan itu berkata baginya Rashid merupakan antara jurulatih tempatan terbaik yang pernah dimiliki negara.
"Saya sedia maklum mengenai perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan baharu BAM tapi tidak pernah sama sekali menjangka sehingga ada peletakan jawatan oleh jurulatih dan sebagainya.
"Saya hanya tahu mengenai hal ini melalui laporan akhbar tempatan hari ini tentang alasan yang diberikan oleh Rashid atas peletakan jawatan beliau," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Menurut laporan akhbar hari ini, Rashid meletakkan jawatannya sebagai jurulatih gara-gara tidak berpuas hati dan terhina dengan sikap dan sistem kerja Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) BAM, Tan Aik Mong.
Zolkples berkata sepanjang 10 tahun penglibatan Rashid bersama BAM dan MSN, beliau menganggap jurulatih itu sebagai seorang yang bagus dalam melaksanakan tugasnya serta MSN belum pernah menghadapi sebarang masalah dengannya.
Ditanya sama ada peletakan jawatan Rashid akan memberi kesan kepada sukan badminton negara, Zolkples berkata beliau tidak mahu berfikiran negatif namun berharap tidak akan berlaku kesan domino.
"Saya harap peletakan jawatan ini tidak menjejaskan apa sahaja perancangan yang telah BAM umumkan dan jika ada pun saya harap ia dapat diselesaikan dengan kadar segera," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk campur tangan dalam permasalahan dalaman yang dihadapi badan induk badminton itu dan memberi masa serta peluang kepada BAM untuk membuktikan keupayaan mereka.
"MSN akan serahkan sepenuh tanggungjawab kepada BAM untuk menangani isu ini dan saya percaya dengan pendekatan baharu yang dilaksanakan BAM sekarang, tentunya BAM mempunyai perancangan tersendiri ke arah penambahbaikan mutu badminton negara," katanya.
Sementara itu, Rashid yang ditemui selepas perjumpaan selama sejam bersama Zolkples bagi membincangkan perihal peletakan jawatannya berkata keputusan itu diambil berikutan beliau tidak selesa untuk menjalankan tugasnya dengan cara dan sistem pimpinan baharu.
"Saya sudah tidak seronok untuk bekerja, lari dari kebiasaan.. kerja kena pantau macam mereka tidak percaya dengan kerja saya.. jadi saya rasa terganggu. Mungkin cara mereka ini adalah untuk latihan yang lebih berkualiti tapi saya tidak selesa.
"Lagi pun, selama 10 tahun saya dengan BAM... saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini," katanya sambil menambah keputusan yang diambilnya adalah muktamad.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Sukan SEA: Tiket KL2017 mula dijual selepas Aidilfitri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata MASOC telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket serta acara-acara yang tidak dikenakan bayaran.
Para ASEAN: Semua kontinjen perlu serah nama selewat-lewatnya Julai
Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet yang bertanding.
Peletakan jawatan Rashid satu kehilangan kepada sukan badminton - Zolkples
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara berkata Rashid merupakan antara jurulatih tempatan terbaik yang pernah dimiliki negara.