Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet yang bertanding.
Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata penyerahan nama atlet itu perlu diserahkan awal supaya tidak timbul isu pengguguran acara sukan pada saat-saat akhir.
Menurutnya, setakat ini sebanyak 883 acara daripada 16 sukan akan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 Sept ini.
"Kami mencadangkan pendaftaran nama atlet bagi semua acara sukan dipercepatkan. Hal ini kerana semua kontinjen perlu tahu penganjuran Sukan Para ASEAN berbeza dengan Sukan SEA.
"Atlet yang mendaftar dalam Sukan SEA, kebanyakannya akan mengambil bahagian. Tetapi dalam Para ASEAN, setelah menerima nama atlet baru kita tahu berapa acara sukan akan dipertandingkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ketua Kontinjen Para ASEAN 2017 di sini hari ini.
Zolkples berkata pendaftaran nama atlet perlu diberi perhatian oleh semua negara yang mengambil bahagian kerana tidak mahu menganiaya atlet yang telah berlatih lama bagi persiapan temasya itu.
Sehingga kini, MASOC masih mengekalkan syarat minimum empat penyertaan negara bagi setiap acara sukan.
"Atlet yang bertanding mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga tahun untuk Para ASEAN tetapi apabila penyertaan tidak cukup, beliau tidak dapat beraksi.
"Atlet OKU (kelainan upaya) ini sensitif, jika mereka mengetahui tidak dapat beraksi pada saat akhir, mereka akan kecewa. Kita harap perkara ini tidak berlaku kali ini," katanya.
Dalam pada itu, Zolkples berkata kesemua kontinjen yang hadir pada seminar hari ini turut diberi penjelasan mengenai isu seperti kesihatan dan keselamatan yang berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Beliau berkata MASOC memberi jaminan penganjuran Sukan Para ASEAN kali ini tidak akan berdepan masalah terutamanya mengenai isu penularan wabak denggi di gelanggang sukan di Bukit Jalil yang telah ditangani.
Sementara itu, Zolkples berkata tarikh Sukan Para ASEAN dilangsungkan selepas dua minggu tamatnya Sukan SEA kerana penganjur mahu memastikan momentum dua temasya tersebut dapat dikekalkan dan meriah.
"Tidak dinafikan dua penganjuran ini bukan tugas mudah tetapi kami mahu memastikan kedua-dua temasya ini mendapat pengiktirafan yang sama. Berbeza dengan penganjur negara lain sebelum ini, mereka mempunyai tempoh enam bulan untuk mengadakan Sukan Para ASEAN," katanya.
Enam belas acara pada Sukan Para ASEAN 2017 adalah memanah, olahraga, badminton, boccia, catur, berbasikal, bola sepak lima sebelah, bola sepak tujuh sebelah, goalball, powerlifting, bola tampar duduk, renang, ping pong, boling, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017
ZOLKPLES: Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA: Tiket KL2017 mula dijual selepas Aidilfitri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata MASOC telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket serta acara-acara yang tidak dikenakan bayaran.
Para ASEAN: Semua kontinjen perlu serah nama selewat-lewatnya Julai
Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet yang bertanding.
Peletakan jawatan Rashid satu kehilangan kepada sukan badminton - Zolkples
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara berkata Rashid merupakan antara jurulatih tempatan terbaik yang pernah dimiliki negara.