Peguam yang dilantik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengendalikan kes membabitkan ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah menghantar permohonan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminta kes itu ditunda.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Permohonan penangguhan itu dibuat kerana peguam yang dilantik memerlukan masa untuk menyediakan kes dengan lebih terperinci.

Sebelum ini, BAM dimaklumkan bahawa tarikh pendengaran dijadualkan pada 8 Disember ini di Amsterdam, Belanda.

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam kejohanan dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.