KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh menaruh harapan kepada beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah untuk memenangi lebih banyak lagi gelaran juara Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel hari ini.
Walaupun gandingan pemain muda itu bukan pilihan kejohanan, mereka bermula dengan baik dan melakukan serangan agresif untuk mendahului dengan lapan mata (11-3) dalam set pertama sebelum beregu nombor 14 dunia itu berjaya merapatkan perbezaan mata.
Pada set kedua, Pearly-Thinaah tidak memberi peluang kepada beregu adik-beradik Stoeva itu mendapat kelebihan bagi memastikan kejuaraan BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.
Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.
Pearly, 20, dan Thinaah, 23, mara ke final selepas menumpaskan beregu senior dalam skuad kebangsaan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 10-21, 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir semalam,
Mereka berdua memenangi Cabaran Antarabangsa Bangladesh dan Cabaran Antarabangsa India pada 2019, sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.
Kedua-dua pemain telah mempamerkan peningkatan yang baik dalam kerjaya mereka, mara ke suku akhir Terbuka Thailand Yonex dan Terbuka Thailand Toyota Januari lepas serta mengejutkan beregu nombor sembilan dunia Chang Ye Na-Kim Hye Rin dari Korea Selatan dalam Terbuka Thailand Toyota.
Pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Woi Yik semuanya kecundang dalam peringkat separuh akhir di Basel.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Pearly Tan-M Thinaah, bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland. - Foto Twitter/BAM
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Pearly Tan-M Thinaah naib juara Terbuka Artik, semangat juang harus dipuji
Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan aksi dipamerkan pasangan beregu dari China.
Terbuka Korea: Pearly-Thinaah akhiri cabaran selaku naib juara
Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.
Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah menang mudah, mara ke suku akhir
Pearly-Thinaah menewaskan beregu Denmark, Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow untuk mara ke suku akhir Terbuka Jepun.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Badminton: Pearly mahu pastikan bebas daripada kecederaan tahun depan
Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.