BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.

Berdepan wakil tuan rumah, Baek Ha-na-Lee So-hee, mereka berdepan permulaan sengit apabila saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 10-10.

Bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat Pearly-Thinaah sebelum tewas 12-21.

Set kedua menyaksikan corak permainan Ha-na-So-hee membenarkan mereka mengungguli permainan apabila berjaya mendahului 14-7 sebelum menoktahkan kemenangan 21-11. - Stadium Astro