Pasangan di ranking kesembilan dunia itu tampil dengan persembahan penuh bertenaga untuk menang straight set dalam aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.
Mereka mengejutkan wakil tuan rumah yang juga beregu di ranking kedua dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan kemenangan 21-18, 21-13.
Menanti mereka di perlawanan akhir pada Ahad iaitu satu lagi wakil tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan 21-14, 21-11.
Keputusan itu juga menyaksikan dua wakil negara bakal beraksi di final Terbuka Korea apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi. - Sinar Harian