Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan aksi dipamerkan pasangan beregu wanita nombor dua dunia itu dalam pertarungan selama 58 minit.
Namun kesungguhan untuk bangkit dan mentaliti juara yang dipamerkan pasangan negara perlu dipuji walaupun kecundang set pertama 12-21.
Mereka cuba bangkit pada permainan berikutnya apabila berjaya menyaingi mata demi mata namun terpaksa akur dengan ketangkasan China apabila kalah 21-17.
Ia adalah kekalahan kelima buat gandingan kelapan dunia itu di tangan Sheng Shu-Ning daripada lapan pertemuan dengan rekod kemenangan kini terus memihak kepada gandingan China, 5-3.
Pada September lalu, Pearly-Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong selepas menewaskan lawan sama yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 dengan straight set, 21-14, 21-14.
Pearly-Thinaah selepas ini dijadual menyertai Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 dari 15 hingga 20 Oktober ini di Odense, Denmark.