KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi 7-sebelah (7s) lelaki dan wanita kebangsaan bakal memulakan latihan pusat secara gelembung sukan Khamis ini di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai persediaan ke kelayakan Sukan Komanwel 2022.
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua pasukan yang sedang menjalani kuarantin selama lima hari selepas melapor diri di UPM pada 28 Ogos lepas, perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan UPM.
Menurut KRM, tempoh kuarantin dikurangkan daripada 10 hari ke lima hari selepas mengambil kira kesemua atlet dan jurulatih telah lengkap dua dos vaksin.
Bagaimanapun, hanya pemain, jurulatih dan pegawai yang sihat dan bebas jangkitan ketika ujian RTK pada 2 Sept ini oleh Institut Sukan Negara (ISN) akan dibenarkan turun berlatih bagi menghadapi Kejohanan Siri Ragbi Asia yang juga merupakan kejohanan kelayakan Birmingham 2022.
Siri pertama dan kedua kejohanan itu akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), masing-masing pada 19-20 Nov dan 26-27 Nov ini.
"Bagi skuad ragbi 7s wanita, lima pemain senior yang pernah beraksi di Sukan SEA 2017 dan 2019 telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan," menurut kenyataan itu.
Lima pemain tersebut ialah Maslina Ahmad Ismail, Christina Edris, Cindy John Pasan, Fidelia Limang Telajan dan Wan Zufirah Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
![Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630407468_RAGBIASIA.jpg)
Siri pertama dan kedua kejohanan itu akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), masing-masing pada 19-20 Nov dan 26-27 Nov ini. - Gambar fail/ Stadium Astro
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Skuad Bunga Raya mula persediaan awal hadapi ARC 2024 Skuad Bunga Raya mula persediaan awal hadapi ARC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709899052_BungaRayas.jpg)
Skuad Bunga Raya mula persediaan awal hadapi ARC 2024
Skuad ragbi kebangsaan telah memulakan persediaan lebih awal pada kali ini.
![Skuad Bunga Raya sertai Sixways 7s di England Skuad Bunga Raya sertai Sixways 7s di England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657717923_RagbiMalaysiaSuka.jpg)
Skuad Bunga Raya sertai Sixways 7s di England
Pasukan ragbi tujuh sebelah (7s) menyertai kejohanan ragbi tempatan Sixways 7s sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
![Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630407468_RAGBIASIA.jpg)
Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel
Pasukan ragbi 7-sebelah (7s) lelaki dan wanita kebangsaan bakal memulakan latihan pusat secara gelembung sukan Khamis ini di Universiti Putra Malaysia (UPM)
![Skuad ragbi intai pendedahan di luar negara tingkat prestasi Skuad ragbi intai pendedahan di luar negara tingkat prestasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61495877765_ragbiragbi.jpg)
Skuad ragbi intai pendedahan di luar negara tingkat prestasi
Skuad negara mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 Asia di Ipoh, minggu lalu, dengan menundukkan Sri Lanka dalam perlawanan akhir.