KUALA LUMPUR: Pasukan Liga-Malaysia (Liga-M) bersetuju dengan jadual baharu yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang memberikan ruang masa yang mencukupi buat mereka, sebelum menyambung semula saingan pada bulan depan.
Ketua Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC P. Maniam berpendapat, jadual tersebut adil untuk semua pasukan dan memberikan lebih masa untuk mempersiapkan diri, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.
Dengan skuad 'The Poenix' itu belum lagi memulakan latihan secara 'Camp Based Training', beliau mengakui lebih banyak masa diperlukan untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2021.
"Sebagai jurulatih, saya rasa jadual ini adalah seimbang memandangkan kita tahu skuad Harimau Malaya, Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, juga ada tugas masing-masing.
"Selepas itu perlu kuarantin 14 hari lagi, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita sambung balik perlawanan bermula 24 Julai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL pada Sabtu.
Menurut jadual yang dikeluarkan oleh MFL semalam, saingan Liga Premier dan Liga Super masing-masing akan membuka tirai pada 3 Julai dan 24 Julai, selepas berakhirnya kejohanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Liga Juara-Juara AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Piala AFC 2021.
Sementara itu, Pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain, mengharapkan jadual Piala AFC yang turut melibatkan KDA FC, yang dijadual berlangsung 29 Jun ini tidak berubah, walaupun venue masih belum ditentukan, selepas Singapura menarik diri daripada menjadi hos.
Ini kerana, pindaan jadual Piala AFC 2021 akan menjejaskan persiapan pasukannya, serta akan memberi kesan kepada pasukan-pasukan Liga-M yang tidak terlibat dalam Piala AFC.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC K. Devan berkata, tempoh masa lebih kurang tiga minggu sebelum bermulanya Liga Premier itu mencukupi, dan tiada masalah untuk mereka mula lebih awal berbanding Liga Super.
Bagaimanapun beliau berharap, mereka dapat melakukan perlawanan persahabatan dahulu sekiranya PKP berakhir lebih awal, supaya sekurang-kurangnya pemain dapat merasai aksi sebenar di padang selepas berehat hampir dua bulan.
MFL mengesahkan tarikh baru dua aksi Liga Premier yang ditunda, iaitu aksi Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC ekoran cuaca buruk, dan Perak FC II menentang Kelantan FC, disebabkan para pemain Kelantan FC diarahkan kuarantin 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pemain mereka didapati positif COVID-19.
Perak II bertemu Kelantan FC akan diadakan pada 29 Jun, manakala Selangor FC 2 menentang Sarawak United bakal berlangsung pada 30 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

Pasukan Liga M bersetuju dengan jadual baharu yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang memberikan ruang masa yang mencukupi buat mereka. - Foto Facebook/TRW Kelantan FC

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.

Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.

Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.