KUALA LUMPUR: Sasaran tiga pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak terjejas walaupun berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau menegaskan tiada campur tangan politik dalam sukan dan amalan itu perlu diteruskan, selain menjelaskan sasaran diumumkan Menteri Belia dan Sukan terdahulu turut berpandukan tahap prestasi barisan atlet negara sekali gus menjadikan ia sasaran yang realistik.
Bagaimanapun, beliau selaku ketua kontinjen negara ke temasya itu tidak terkejut jika Malaysia berjaya melepasi angka sasaran ditetapkan memandangkan kontinjen negara mempunyai kekuatan tersendiri dalam beberapa sukan yang dipertandingkan.
"Dari segi perubahan pucuk kepimpinan di mana tiada menteri (Belia dan Sukan) sekarang, semuanya masih sama tiada perubahan, kita dengan ketetapan yang sama. Kita percaya dengan jumlah (tiga pingat emas) Insya-Allah kita mampu memperoleh lebih, malah ia sebagai bonus.
"Tetapi saya tidak mahu terlalu yakin atau meletakkan tekanan kepada atlet namun kita memang fokuskan kepada sukan berpotensi, yang lain kita mahu mereka melakukan yang terbaik," katanya pada sidang media pada pelancaran kempen "WeThe15 - The Malaysian Way" secara dalam talian, hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini mengumumkan sasaran tiga pingat emas buat kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo iaitu jumlah yang sama dicapai kontinjen negara pada edisi 2016 di Rio de Janiero, Brazil.
Pada masa sama, Megat D Shahriman mengingatkan atlet supaya bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di Tokyo sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.
Katanya, beliau optimis pelaksanaan SOP lebih ketat itu tidak akan memberi kesan besar kepada atlet selepas mereka turut melakukan persediaan dan menjalani latihan dalam kaedah gelembung sukan.
"Mereka (atlet) sudah tidak sabar, mereka mungkin sudah tidak kisah, kita bagi lah SOP apa mereka akan ikut. Mereka hanya mahu bersaing dan beraksi serta melakukan yang terbaik. Inilah yang mereka inginkan," jelasnya.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept menyaksikan, seramai 22 atlet negara akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan melibatkan 32 acara keseluruhan.
Dalam pada itu, Megat D Shahriman yang melancarkan kempen "WeThe15 - The Malaysian Way" secara dalam talian berkata kempen "WeThe15" merupakan satu inisiatif jangka panjang untuk mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh dunia.
Katanya sebagai tanda sokongan, MPM turut mengambil bahagian mewakili Malaysia menerusi "WeThe15 - The Malaysian Way" yang mempunyai objektif untuk memperjuangkan nasib sehingga 15 peratus golongan OKU berdaftar di negara.
Beliau berkata sebagai tanda sokongan dan bagi menarik perhatian umum terhadap kempen itu, Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan diterangi cahaya lampu berwarna ungu bermula 8 malam sebagai simbolik kepada pelancaran kempen itu yang diadakan secara serentak di seluruh negara, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, tiada campur tangan politik dalam sukan dan amalan itu perlu diteruskan. - Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.
Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.
Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.
Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 28 pingat emas dengan kedudukan tiga teratas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.
Kontinjen Pahang sasar 10 pingat emas di Para SUKMA 2024
Kontinjen Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Pahang menyasarkan untuk mengutip 10 pingat emas pada temasya yang bakal berlangsung di Sarawak bermula Ahad ini sehingga 28 Sept.
Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Ma Hussein tebus kecewa pada penampilan terakhir di Para SUKMA 2024
Jaguh powerlifting Kelantan Ma Hussein Mat Noh mahu menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan memburu pingat di Para SUKMA 2024.
Para SUKMA Sarawak 2024: Selangor sasar 29 pingat emas, tempat ketiga keseluruhan
Kontinjen Selangor menyasarkan 29 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 22 hingga 28 Sept ini.
Para SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Abang Johari
Abang Johari yakin atlet para mampu pamer prestasi baik setelah menjalani latihan di luar negara sebelum menghadapi Para SUKMA ke-21 kali ini.