KUALA LUMPUR: Pemain tengah Zhafri Yahya yakin Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mampu mengendalikan pasukan yang berdepan krisis kecederaan menjelang dua aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan depan.
Seramai lima pemain jentera serangan Harimau Malaya terpaksa disisihkan akibat kecederaan iaitu dua pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi dan tiga penyerang Darren Lok, Muhammad Syafiq Ahmad dan Romel Morales.
Pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu berkata situasi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan yang berdepan misi wajib menang ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan, namun yakin Pan Gon mempunyai cara mengatasi masalah itu.
"Tidak dinafikan pemain-pemain yang cedera ini pemain berpengalaman, mereka ini pemain tetap skuad kebangsaan, jadi serba sedikit itu (tempang) ada," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Pada masa sama, Zhafri, 30, yang berupaya bermain di posisi sayap berkata ketiadaan pemain berkenaan membuka peluang kepada pemain lain membuktikan kemampuan bersama pasukan kebangsaan.
Zhafri turut mengintai peluang untuk menembusi senarai akhir skuad dan meraih penampilan antarabangsa pertamanya selepas tiga kali dipanggil menyertai kem latihan pusat sejak dua tahun lepas.
"Saya rasa berbangga untuk hadir kali ketiga, saya rasa ini peluang untuk berikan yang terbaik kepada pasukan. Bila saya datang sini saya ingin buat yang terbaik untuk diri saya dan karier saya, jadi saya mengharapkan dapat buat yang terbaik dan dapat kepercayaan jurulatih," katanya.
Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun sebelum menutup kempen saingan Kumpulan D bertemu Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.
Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di posisi ketiga kumpulan dengan enam mata sementara Kyrgyzstan sebagai pendahulu, berkongsi sembilan mata dengan Oman di tempat kedua manakala Taiwan tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Dalam misi wajib menang ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan, Zhafri yakin Pan Gon mempunyai cara untuk mengatasi masalah itu. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik
Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir berkata, kelab itu sudah kemukakan dokumen lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.

Final Piala FA: KL City sedia ulangi episod duka 2021 buat JDT
Dua penjaring gol dalam perlawanan itu, Zhafri Yahya dan Paulo Josue, seakan-akan sudah memiliki formula terbaik bagi mengulangi kejayaan.

Zhafri mahu KL City segera bangkit, fokus berdepan Selangor
Beliau menjangka skuad warga kota itu akan menempuh perlawanan yang sukar apabila melihat Selangor melakukan persiapan lebih rapi pada musim ini.

Kesetiaan Zhafri akhirnya buahkan hasil
Pada masa sama, ada yang menyifatkan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza, lebih layak mendapat pengiktirafan.