KUALA LUMPUR: Tonggak tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Zhafri Yahya menuntut rakan sepasukan agar segera bangkit dengan melupakan kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu lepas.
Zhafri sebaliknya mahu juara Piala Malaysia 2021 itu kembali fokus bagi mengutip tiga mata pada aksi pembuka tirai Liga Super 2022 ketika melayan kunjungan pasukan jiran, Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini.
Beliau menjangka skuad warga kota itu akan menempuh perlawanan yang sukar apabila melihat Selangor melakukan persiapan lebih rapi pada musim ini.
"Bagi saya perlawanan menentang JDT hari itu sebahagian daripada aksi pemanas badan juga dan persiapan kita pun bukanlah yang terbaik sebelum ini disebabkan kekurangan pemain dalam tempoh pramusim.
"Jadi banyak perkara perlu dilakukan untuk pasukan ubah formasi baharu sebab kita pun ada pemain baharu juga yang perlu mendapatkan kombinasi antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia pada Selasa.
Sementara itu, pemain berusia 28 tahun itu yang amat menitikberatkan tahap kecergasan berharap dapat mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan musim ini.
Ini kerana selepas menyaksikan beberapa rakan sepasukannya berdepan kecederaan yang tidak diduga pada saat pasukan memerlukan kudrat mereka, Zhafri mengharapkan tiada lagi insiden sama berulang pada musim ini.
"Sebab musim lepas pun kita ada beberapa pemain yang cedera dan tidak boleh beraksi, jadi harap tahun ini kami semua akan bebas daripada kecederaan serius.
"Apa pun, saya mahu lebih fokus dan kekalkan momentum yang ada ketika ini untuk Kuala Lumpur beraksi dengan lebih baik sepanjang musim in," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Zhafri mahu pemain KL City FC kembali fokus bagi mengutip tiga mata pada aksi pembuka tirai Liga Super 2022 menentang Selangor FC Jumaat ini. -Instagram Zhafri Yahya
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.