PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon, mengharapkan prestasi cemerlang akan ditunjukkan anak buahnya pada perlawanan persahabatan menentang Maldives esok, bagi memastikan hanya yang 23 pemain terbaik sahaja terpilih untuk pasukan Piala AFF kelak.
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun yang telah pun berpushati dengan susunan pemain sekarang ketika mengalahkan Kemboja 4-0 pada Jumaat, menuntut pemain memberikan persembahan yang boleh menyakinkan barisan kejurulatihan dan orang ramai, yang mereka layak untuk berada dalam pasukan.
Antara yang akan dilihat Pan Gon dan barisan kejurulatihannya ialah menilai keupayaan pemain untuk mengadaptasi strategi taktikal dan aspek teknikal.
"Kita juga akan melihat kepada keaggresifan, kebijaksanaan, dinamik dan kepandaian. Mereka telah pun beraksi dalam perlawanan liga dan dipanggil untuk kem latihan, namun hanya yang terbaik antara mereka akan berada di dalam senarai akhir untuk Piala AFF.
"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kepada pendekatan taktikal, bukan (hanya pada) pendekatan individu. Secara taktikal dan strategik jika kita perlukan seseorang, maka yang lain akan dilepaskan," katanya pada sidang media praperlawanan, di sini hari ini.
Malaysia yang berkedudukan ke-146 dunia akan bertemu Maldives (154) pada perlawanan pemanas badan terakhir mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Stadium Cheras pada 9 malam esok, sebelum menyertai Piala AFF yang dijadualkan dari 20 Dis hingga 16 Jan.
Selepas 12 pemain utama yang pada awalnya disenaraikan tidak dapat meyertai kem latihan kali ini atas pelbagai sebab, Pan Gon mengakui beberapa pemain baharu telah pun menunjukkan keupayaan dan ketersediaan mereka untuk bermain pada peringkat wilayah.
"Saya sangat gembira, amat yakin kepada mereka (ketika bertemu Kemboja), apa yang saya mahukan untuk mereka bukan sahaja terus bermain, tetapi melawan sebagai satu pasukan. Banyak elemen, tugasan yang agak sukar, namun mereka berjaya lakukan, berdisplin, komited, patuh, semua elemen itu ada," katanya.
Pan Gon berkata permainan yang baik di Piala AFF akan membantu pemain meningkatkan nilai mereka, selain menarik 'peninjau bakat', membuka peluang bermain di luar negara.
Sementara itu, pemain pertahanan tengah Ahmad Khuzaimi Piee mahukan rakan-rakannya untuk tidak memandang rendah keupayaan Maldives, dan sesiapa juga yang diturunkan perlu memberikan komitmen 100 peratus mereka.
"Dalam bola sepak ini apa sahaja boleh berlaku, kita tak boleh ambil mudah dengan lawan esok kerana bagi saya, ia merupakan perlawanan yang sukar. Saya harap sesiapa pun yang dipilih bermain esok, dapat beri persembahan dan komitmen baik," katanya.
Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan B mereka di AFF dengan ke Yangon bagi bertemu Myanmar pada 21 Dis, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalik (3 Jan).
Malaysia, juara edisi 2010 dan menamatkan pada tempat kedua pada 1996, 2014 dan 2018, terkeluar pada peringkat kumpulan pada edisi 2020 di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
urulatih dari Korea Selatan berusia 53 menuntut pemain memberikan persembahan yang boleh menyakinkan barisan kejurulatihan dan orang ramai, yang mereka layak untuk berada dalam pasukan.- Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.