KUALA LUMPUR: Pemain sayap sensasi negara, Mohamad Faisal Abdul Halim yang mengumpul tiga gol setakat ini mendedahkan beliau dicabar untuk merebut gelaran penjaring terbanyak saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Pemain baharu Selangor FC berusia 24 tahun itu berkata cabaran tersebut diberikan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu.
"Sebenarnya itu (muncul penjaring terbanyak) tanggungjawab yang besar tapi saya ambil cabaran tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.
"Saya sahut cabaran Kim Pan Gon itu...saya tengok riak wajahnya memang beliau betul-betul nak saya jadi penjaring terbanyak," katanya ketika ditemui selepas kemenangan besar 5-0 Malaysia ke atas Laos pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, di Bukit Jalil, malam tadi.
Menurut Mohamad Faisal cabaran itu secara tidak langsung mempengaruhi prestasinya selepas beliau meledak jaringan kemenangan ketika Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan di Yangon, Rabu lepas, diikuti dua gol lagi menerusi tandukan semasa berdepan Laos.
Bagaimanapun, beliau berkata muncul penjaring terbanyak bukan perkara terpenting menjelang dua aksi terakhir kumpulan menentang Vietnam di Hanoi, Selasa ini dan Singapura di sini pada 3 Jan, yang bakal menjadi penentu dalam perebutan dua slot teratas untuk ke peringkat separuh akhir.
"Yang penting saya nak pasukan ke final. Itu matlamat paling utama, saya dapat gelaran penjaring terbanyak atau pun tidak, atau saya berjaya jaringkan gol selepas ini atau pun tidak, itu tidak penting.
"Saya tidak jaringkan gol tak mengapa janji pasukan menang dan kita layak ke separuh akhir, seterusnya final," katanya yang mendapat kepercayaan Pan Gon menjadi antara tiga ketua pasukan negara selain Muhammad Safawi Rasid dan Brendan Gan pada kempen kejohanan kali ini.
Mohamad Faisal dan penyerang Filipina, Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.
Sebagai rekod, bekas ketua pasukan negara Safiq Rahim ialah pemain Malaysia terakhir merangkul gelaran penjaring terbanyak Piala AFF selepas mengumpul keseluruhan enam gol pada edisi 2014.
Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022
!['Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim 'Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671943575_FaisalAbdulHalim.jpg)
Mohamad Faisal berkata cabaran tersebut diberikan Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu. - Bernama
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1 Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733091597_KLCityFCKedahP.jpg)
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
![Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723337406_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.
!['Kalau menang semua bagus, bila kalah macam-macam kritikan' - Faisal Halim 'Kalau menang semua bagus, bila kalah macam-macam kritikan' - Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706004566_TBFAISALHALIM.jpg)
'Kalau menang semua bagus, bila kalah macam-macam kritikan' - Faisal Halim
Mohamad Faisal tidak mahu memikirkan kritikan yang dilemparkan Selepas persembahan kurang memuaskan dipamerkan di pentas Piala Asia Qatar 2023.
![Faisal 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain Faisal 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700201123_MohamadFaisalAbdul.jpg)
Faisal 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain
Faisal akui terlepas satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.
![Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691529759_FaisalAbdulHalim.jpg)
Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal
Pan Gon membayangkan akan membantu Faisal bagi memastikan dia berada dalam keadaan terbaik sebelum dua perlawanan persahabatan akan datang.
![Mohamad Faisal tidak tertekan, terus fokus bantu Selangor raih kemenangan Mohamad Faisal tidak tertekan, terus fokus bantu Selangor raih kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678074284_MohamadFaizal.jpg)
Mohamad Faisal tidak tertekan, terus fokus bantu Selangor raih kemenangan
Mickey masih mencari rentak yang sebenar selepas menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu pada Disember tahun lepas.
![Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673408943_AFF.jpg)
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.
![Piala AFF: Perlu lebih mantap, 90 minit di Thailand bukan mudah - Faisal Halim Piala AFF: Perlu lebih mantap, 90 minit di Thailand bukan mudah - Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673105742_PialaAFFMalaysia.jpg)
Piala AFF: Perlu lebih mantap, 90 minit di Thailand bukan mudah - Faisal Halim
Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.
![Faisal mahu terus jadi 'mesin gol' ketika bertemu Vietnam Faisal mahu terus jadi 'mesin gol' ketika bertemu Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671674058_MohamadFaisalAbdul.jpg)
Faisal mahu terus jadi 'mesin gol' ketika bertemu Vietnam
Pemain sayap itu berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan.
!['Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim 'Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671943575_FaisalAbdulHalim.jpg)
'Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim
Mohamad Faisal berkata cabaran tersebut diberikan Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu.