DOHA: Kekalahan saat-saat akhir kepada Bahrain memberi kesan yang besar kepada skuad Harimau Malaya dengan pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai sebab tersendiri sukar untuk melupakan perlawanan itu.
Faisal berkata pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad itu beliau memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.
"Setiap perlawanan saya nak jaringkan gol. (Semasa) lawan Bahrain saya ada peluang nak jaringkan gol tapi saya nampak Paulo (Paulo Josue) ada ruang yang lebih baik tetapi bila tengok balik rakaman perlawanan saya mampu (sebenarnya) membuat rembatan.
"Tapi situasi dalam padang lain berbanding sudut pandangan dalam televisyen. Kesal memang kesal tetapi saya rasa keputusan membuat hantaran kepada Paulo adalah pilihan yang terbaik ketika itu," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.
Pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu berkata demikian ketika ditanya adakah beliau memasang impian untuk menjaringkan gol apabila bertemu juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di sini, Khamis ini.
Sementara itu, beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada dua aksi sebelum ini berkata para pemain berada dalam kesedihan dan kecewa susulan kekalahan kepada Bahrain yang menyaksikan skuad Dilmun's Warriors berjaya mencipta jaringan pada penghujung masa kecederaan babak kedua.
Namun, katanya, semangat pemain tetap utuh untuk menghadapi Korea Selatan biarpun di atas kertas skuad Taegeuk Warriors memiliki segala kelebihan untuk mengutip tiga mata.
"Ia bukan perlawanan yang mudah, kita lawan dengan pasukan yang bermain di Piala Dunia. Di atas kertas sudah tentu kita kalah tetapi sebagai pemain siapa mahu kalah," katanya.
Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Faisal akui terlepas satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan. - Bernama

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.