ACARA utama UFC 294 awal pagi Ahad menyaksikan Islam Makhachev, menumpaskan Alexander Volkanovski dari Australia, sekali gus menggagalkan cubaan kali kedua lawannya itu untuk bergelar juara berganda.
Makhachev, 31, selaku penyandang gelaran lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama, dalam aksi yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam pertarungan tersebut, Volkanovski rebah selepas terkena sepakan kaki kiri Makhachev ke bahagian kepalanya, seterusnya memaksa pengadil Marc Goddard menghentikan perlawanan.
Dengan keputusan itu, Makhachev melebarkan rekod profesionalnya kepada 25 kemenangan, dan satu kekalahan.
Bagaimanapun ketika ditemu bual dalam gelanggang Octagon, Makhachev memaklumkan kepada Daniel Cormier bahawa dia enggan meraikan kemenangannya itu, berikutan kezaliman yang sedang berlaku di bumi Palestin ketika ini.
"Saya tidak meraikan kemenangan hari ini kerana 'kegilaan' yang berlaku di seluruh dunia. Palestin, kami berdiri bersama anda! Hentikan ini! Hentikan ini!" katanya.
Sebagai rekod, Volkanovski, 35, menyahut cabaran untuk bertarung dengan Makhachev pada saat akhir iaitu hanya dalam tempoh 12 hari selepas Charles Oliveria dari Brazil terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Kali terakhir kedua-dua mereka bertarung ialah pada Februari lalu iaitu di Perth, Australia di mana Makhachev mencatatkan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara.
Satu lagi pertarungan yang menjadi tumpuan ialah saingan middleweight di antara petarung Chechnya, Khamzat Chimaev, dengan Kamaru Usman dari Nigeria, yang berakhir dengan keputusan majoriti menyebelahi Chimaev.
Kemenangan itu kini meletakkan Chimaev di kedudukan utama untuk mencabar juara middleweight UFC Sean Strickland bagi merebut gelaran tersebut.
Seperti Volkanovski, Usman tampil pada saat akhir untuk pertarungan tersebut selepas menggantikan Paulo Costa yang mengalami kecederaan.
Dalam temu bual selepas pertarungan, Chimaev menyeru perdamaian dan menamatkan keganasan yang sedang berlaku di Gaza.
Petarung berusia 29 tahun itu juga meneruskan langkah 'walk-out' dengan laungan 'Allahuakbar'.
Chimaev yang kini memegang rekod 13 pertarungan tanpa kalah, memperoleh reputasi yang menggerunkan sejak membuat penampilan sulung di UFC pada 2020, dengan memenangi kesemua enam pertarungan dengan lima penamat.
Sementara itu, perlawanan flyweight di antara Muhammad Mokaev dengan Tim Elliott dari Amerika Syarikat, turut mencuri perhatian peminat sukan tempur.
Petarung muda dari Britain itu mengalahkan lawannya dari dari Amerika Syarikat menerusi 'submission' pada minit 3:03 pusingan ketiga.
Kemenangan itu adalah yang kelima bagi Mokaev di UFC, dan yang kesebelas dalam kariernya.
Seperti petarung-petarung lain, Mokaev turut menyatakan solidariti terhadap penduduk Palestin di Gaza.
“Saya mahu keamanan di seluruh dunia. Saudara-saudaraku di Palestin. Semoga semua kekal selamat. Adik-adik lelaki saya, anak-anak, wanita, saya hanya mahu keamanan di seluruh dunia,” ujarnya.
Astro Awani
Sun Oct 22 2023

Makhachev, 31, selaku penyandang gelaran lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama. - Foto Instagram UFC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.

Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.

Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.

Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.

'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.

UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'
Islam Makhachev mengekalkan kejuaraan lightweight miliknya selepas mengalahkan Alexander Volkanovski dalam acara utama UFC 284, pada Ahad.

McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev
McGregor akui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di UAE, namun menegaskan dia ada tekniknya sendiri.

Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC
Islam Makhachev melakar kemenangan bergaya ke atas Charles Oliveira untuk meraih kejuaraan lightweight UFC pada Ahad.

UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green
Islam Makhachev mencatatkan kemenangan kesepuluhnya dalam UFC, selepas menewaskan Bobby Green dari dalam acara utama UFC Vegas 49 pada Ahad.

UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'
Selepas mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC.