BINTANG UFC, Conor McGregor mencetuskan sensasi apabila mendakwa dia memiliki teknik untuk mengalahkan Islam Makhachev, selepas Charles Oliveira gagal mengatasi petinju itu di UFC 280, Abu Dhabi sebelum ini.
Biarpun begitu McGregor mengakui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun menegaskan telah membangunkan teknik pertarungannya sendiri untuk mengalahkan petinju Dagestan tersebut sekiranya kedua-duanya bertemu di Octagon tahun depan.
“Pertarungan dan persembahan yang amat bagus daripada Islam Makhachev.
"Saya telah pun mencipta teknik yang akan dapat mengalahkan Islam Makhachev, ia merupakan penilaian kemahiran dan pertarungan," ujar McGregor sebelum memadamkan ciapannya.
Untuk rekod, Islam Makhachev muncul juara lightweight UFC selepas menumpaskan petinju Brazil, Oliveira menerusi submission pusingan kedua di Abu Dhabi.
Kemenangan berpihak Islam Makhachev selepas tekniknya berjaya 'mengunci' pemegang rekod UFC itu menerusi 16 kemenangan submission.
Sementara itu, petinju Amerika Syarikat (AS), Jake Paul mengulas komen petarung Ireland tersebut berkata: “Teknik yang berjaya dibina McGregor adalah teknik kepantasan menggunakan jari di media sosial seperti memadamkan ciapan dengan segera. Islam Makhachev akan kalahkan dia di pusingan pertama, itu sahaja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 24 2022

Islam Makhachev juara lightweight UFC selepas menewaskan Oliveira. - Foto Agensi/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.

Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.

McGregor kembali semula ke Las Vegas
Pertarungan welterweight itu akan menjadi tumpuan utama, tiga tahun selepas McGregor patah kaki kiri semasa menentang Dustin Poirier.

Topuria cabar McGregor kembali ke oktagon
Topuria, 27, dililitkan tali pinggang kejuaraan featherweight selepas mengalahkan penyandang juara, Alex Volkanovski dalam UFC 298.

Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.

McGregor didakwa lakukan serangan seksual ke atas wanita di tandas
McGregor didakwa lakukan serangan itu di tandas Kaseya Center semasa perlawanan keempat pasukan Miami Heat dengan Denver.

NBA: Maskot Miami Heat dikejarkan ke hospital selepas terima tumbukan Conor McGregor
Persembahan antara Heat dan Denver Nugget itu berakhir dengan buruk apabila McGregor menumbuk jatuh Burnie, yang memakai sarung tangan tinju besar.

McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev
McGregor akui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di UAE, namun menegaskan dia ada tekniknya sendiri.

McGregor 'kantoi' kini berdepan enam pertuduhan
Bintang UFC Conor McGregor berdepan enam pertuduhan pada April susulan penahanannya di Dublin, Ireland 22 Mac lalu kerana didapati memandu secara berbahaya bulan lalu.

McGregor pertimbang beli Chelsea
Abramovich yang membeli juara Eropah itu pada 2003 mengesahkan pada Rabu sedang mencari pemilik baru.