KUANTAN: Pahang sedang giat memperkemaskan persiapan kontinjen bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 yang bakal berlangsung Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata berdasarkan tinjauan beliau, terdapat beberapa aspek yang masih boleh ditambah baik melibatkan persediaan atlet.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan persiapan atlet kerana kerajaan negeri memberi tumpuan serius dalam temasya kali ini bagi memperbaiki kedudukan supaya berada dalam kelompok lima kontinjen terbaik berbanding tempat kesembilan sebelum ini.
"Saya dah berjumpa beberapa kali dengan pengurus dan jurulatih sukan dan telah menyatakan kesungguhan kerajaan negeri bagi memperbaiki prestasi serta pencapaian kontinjen Pahang.
"Saya telah menetapkan sekurang-kurangnya 40 pingat emas untuk dibawa pulang kontinjen Pahang dengan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti latihan di luar negara dan kenaikan elaun atlet," katanya kepada pemberita.
SUKMA-PAHANG 2 (AKHIR) KUANTAN
Fadzli ditemui selepas meninjau persiapan atlet bagi sukan tinju di sini, hari ini dan memaklumkan empat atlet sukan itu yang berpotensi untuk membawa pulang pingat akan dihantar menjalani latihan di Thailand sebelum berangkat ke Sarawak.
Beliau berkata sasaran 40 pingat emas itu juga bukan hanya sekadar ketetapan biasa malah menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada dirinya sendiri serta Majlis Sukan Pahang.
Katanya, beliau akan terus turun padang bertemu atlet dan jurulatih acara lain bagi melihat sendiri persediakan mereka bagi memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai.
SUKMA ke-21 Sarawak 2024 bakal berlangsung 17 hingga 24 Ogos ini menyaksikan Pahang mempertaruhkan 603 atlet, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita dengan 50 peratus daripada mereka merupakan atlet baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Fadzli berkata berdasarkan tinjauan beliau, terdapat beberapa aspek yang masih boleh ditambah baik melibatkan persediaan atlet. - Gambar fail/Bernama

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Pahang perkemas persiapan atlet ke SUKMA 2024
Pahang sedang giat memperkemaskan persiapan kontinjen bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 yang bakal berlangsung Ogos ini.

Jurulatih kebangsaan nikmati kenaikan gaji
MSN meluluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu untuk Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) berkuatkuasa dari 1 Januari 2024.

Jurulatih sukan di bawah KPM, KPT wajib ada lesen kejurulatihan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Sukan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Jangan terlalu yakin walau dapat undian mudah - KP MSN
Atlet dan jurulatih sukan terbabit perlu lebih berwaspada agar tidak tersalah langkah melakukan percaturan.