Bintang tinju dunia, Manny Pacquiao meletakkan harapan tinggi agar pertarungannya menentang juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse pada 15 Julai depan di sini, mendapat sambutan hangat melebihi ketika aksi melibatkan legenda tinju, Muhammad Ali di Stadium Merdeka pada 1975.
Pacquiao, 39, yang akan membuat kemunculan semula di Axiata Arena di sini, setelah hampir setahun selepas gagal mempertahankan tali pinggang berikutan keputusan sebulat suara, di tangan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lepas, sudah tentu mahu menjadikan pertarungan itu aksi yang dinanti-nantikan.
"Kita sudah mendapatkan aksi pertarungan terbesar di Malaysia selepas 43 tahun, sejak pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner pada Julai 1975," kata Manny kepada Bernama dalam kenyataan yang dikeluarkan MP Promotions and Events.
Senator Filipina itu, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, dengan 11 kejuaraan utama, sudah memenangi 59 (38 knockout) daripada 68 pertarungan dalam kariernya.
Sementara itu, peninju agresif berusia 35 tahun Matthysse yang amat teruja menentang Pacquiao, sudah memulakan latihan bersama Joel Diaz untuk pertarungan itu yang digelar 'Fight of Champions'.
"Inilah pertarungan yang saya sentiasa mahukan. Peluang menentang bakal anggota Dewan Kemasyhuran seperti Manny 'Pacman' Pacquiao memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha keras daripada sebelum ini untuk meraih kemenangan bagi peminat saya.
"Saya tahu ia bukannya mudah. Tetapi, saya akan cuba mempertahankan gelaran saya dengan penuh penghormatan dan bangga mewakili negara saya Argentina," kata Matthysse, yang mencatat 36 pukulan 'knockout' daripada 39 kemenangan, dengan hanya empat kekalahan.
Peninju dari Argentina itu dijadual tiba untuk sidang media di Manila pada Rabu untuk pengumuman rasmi mengesahkan pertarungannya bagi gelaran welterweight WBA.
Kedua-dua peninju itu kemudian dijangka mengadakan sidang media dan jelajah media di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi mempromosi pertarungan itu, yang turut menampilkan pertarungan bagi tiga lagi gelaran dunia.
Pacquiao akan disertai pasukan promosi terbaharunya bersama-sama jurulatih Restituto 'Buboy' Fernandez dan Raides 'Nonoy' Neri, menurut kenyataan itu. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 17 2018
Pacquiao bakal membuat kemunculan semula di Axiata Arena. - REUTERS/Fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pradeep Kumar bakal gegar Arena Axiata dengan barisan 24 pemuzik klasik, Sabtu ini
Pradeep Kumar merupakan penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza telah mula dijual!
Malam kemuncak All Stars Gegar Vaganza akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.
'Dah dah lah' - Kerap pakai baju pelik, Aina Abdul akui pernah ditegur ibu
Selain itu, dia juga mengambil kira teguran dan nasihat yang pernah diterima sebelum ini dan cuba mencari keseimbangan terhadap setiap persalinan pada konsert itu nanti.
Instagram bertukar 'blackout', Judika mohon maaf
Penyanyi terkenal Indonesia, Judika memohon maaf selepas hantaran dimuatnaik di Instagramnya beberapa minggu lalu menimbulkan 'kekecohan'.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.
Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini
Tiket boleh mula dibeli mulai jam 3 petang Selasa bagi konsert tambahan pada 9 September 2022 (Jumaat).
Sambutan luar biasa, Yuvan tambah hari konsertnya di Kuala Lumpur demi peminat
Konsert hari kedua itu bakal menampilkan elemen berbeza daripada hari pertama kerana ia berkonsepkan -Party Mode- dengan lebih ramai penari akan terlibat.