TINGGAL sekitar sebulan sahaja lagi sebelum penyanyi Aina Abdul muncul menerusi konsert solo ketiganya, A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal diadakan di Axiata Arena pada 18 November depan.
Justeru, sudah pasti ramai dalam kalangan peminat yang menantikan busana jenis apakah yang bakal digayakan pelantun lagu Sepi pada malam berkenaan.
Menurut Aina, busana yang digayakan kelak tidaklah begitu pelik, namun masih mempunyai DNA Aina Abdul serta meninggalkan impak kepada penonton.
Selain itu, dia juga mengambil kira teguran dan nasihat yang pernah diterima sebelum ini dan cuba mencari keseimbangan terhadap setiap persalinan pada konsert itu nanti.
“Takdalah begitu pelik, nanti nak nyanyi susah. Kita lebihkan baju. Tapi setiap penampilan akan ada impak dan masih ada DNA saya.
“Berkenaan dengan teguran, ya, saya terima apa sahaja nasihat yang diberikan. Kadang-kadang teguran itu baik dan kadang-kala teguran itu tidak baik buat saya.
"Namun, saya ambil teguran berkenaan dan cuba cari keseimbangan,” katanya kepada Gempak.
Ditanya sama ada ibunya pernah memberi teguran dan berkata, ‘Dah dah lah..’, juri Big Stage 2023 itu berkata:
“Banyak kali ibu saya cakap… Tapi dia merupakan salah seorang Ainations juga. Tapi dia masih ibu saya.
“Saya tetap pegang kata ibu saya walau apa pun. Sebab apa yang dikurniakan kepada saya hari ini adalah berkat doa dia.
"Jadi saya tidak boleh hiraukan apa yang ibu saya tegur. Ibu masih nombor satu,” katanya lagi.
Tiket-tiket untuk menyaksikan A Night With Aina Abdul 3.0 akan mula dijual pada 15 September dengan harga bermula RM98 (Silver) hingga RM488 (MIP) di www.ainaabdul.my. -Gempak
Gempak
Sat Oct 07 2023
Menurut Aina, busana yang digayakan kelak tidaklah begitu pelik, namun masih mempunyai DNA Aina Abdul serta meninggalkan impak kepada penonton. -Gempak
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
'Dah dah lah' - Kerap pakai baju pelik, Aina Abdul akui pernah ditegur ibu
Selain itu, dia juga mengambil kira teguran dan nasihat yang pernah diterima sebelum ini dan cuba mencari keseimbangan terhadap setiap persalinan pada konsert itu nanti.
'Tamatkan zaman bujang tu lambat lagi' - Aina Abdul nafi ada kekasih
Bagaimanapun menurut Aina, dia tidak pernah menyekat dirinya untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih rapat.