OPERA hari ini memperkenalkan pelayar web Opera One yang diberikan nafas baharu untuk pengguna iPhone, membawakan sejumlah kemudahan dalam melayari web, selain mengakses beberapa ciri menarik.

Pelayar web Opera One ini memposisikan bar carian dan URL pada bahagian bawah, lebih kurang sama seperti Safari.

Ini sekali gus memudahkan pengguna mencapainya dalam melakukan sebarang carian atau menaip alamat URL. 

Di samping itu, Opera One turut menyertakan pembantu berasaskan kecerdasan buatan, dinamakan Aria – membolehkan pengguna mengakses dan bertanyakan pelbagai perkara melaluinya.



Kelebihan Opera One juga membolehkan anda melayari web dalam bentuk paparan penuh, sekali gus mengelak terganggu dengan elemen lain pada peranti.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat turun Opera One hari ini, dan mencubanya dalam melayari web harian anda. -Amanz