TIDAK semua pengguna iPhone memiliki peranti Mac, jadi perkara ini sedikit menyukarkan pengguna dalam tugasan perkongsian fail dan beberapa lagi.


Ringkasan AI
  • Microsoft telah menyokong Phone Link pada iPhone sejak tahun lepas untuk memudahkan perkongsian fail antara iPhone dan peranti Windows.
  • Ciri perkongsian fail pantas kini disertakan, membolehkan pengguna berkongsi fail dari iPhone ke Windows dan sebaliknya dengan mudah.
  • Ciri ini terhad kepada pengguna Windows Insider dengan Phone Link versi 1.24112.89.0, aplikasi Link to Windows iOS versi 1.24112.73, dan iPhone yang menjalankan iOS 16 ke atas.


Disebabkan itu, sejak tahun lepas, Microsoft telah menyokong Phone Link pada iPhone agar ia mesra digunakan bersama peranti Windows.

Terbaharu, ciri perkongsian fail pantas telah disertakan.

Jika anda telah selesai menetapkan Phone Link antara iPhone dan peranti Windows, dengan kemas kini baharu, anda boleh terus pilih fail yang anda ingin kongsi, tekan kongsi, dan pilih untuk kongsi ke Link to Windows.

Peranti Windows akan memaparkan notifikasi bahawa proses pemindahan fail dari iPhone ke peranti telah selesai dan sedia dibuka dalam folder.

Bukan itu sahaja, dari komputer Windows, anda turut boleh kongsi fail terus ke iPhone.

Pilih mana-mana fail, tekan kongsi, dan pilih kongsi ke My Phone, dan Windows akan menghantar fail tersebut ke peranti anda yang aktif dengan sambungan Phone Link.

Ciri ini dilihat terhad kepada pengguna Windows Insider yang menggunakan Phone Link versi 1.24112.89.0, aplikasi Link to Windows iOS versi 1.24112.73, dan iPhone yang menjalankan iOS 16 ke atas1. -Amanz