KUALA LUMPUR: Susulan daripada kemenangan dalam perlawanan terakhir Kumpulan M, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melayakkan dirinya ke pusingan 16 terbaik yang berlangsung pada Khamis (29 Julai).

Zii Jia, Juara Seluruh England 2021 akan bertemu dengan pemain China, Chen Long yang juga pemenang pingat emas Rio 2016 pada jam 6.15 petang.

Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air pada Khamis dalam acara temasya Olimpik 2020 :

10.35 pagi (BADMINTON) BEREGU LELAKI

Aaron CHIA / SOH Wooi Yik  (MAS) vs. Marcus Fernaldi GIDEON / Kevin Sanjaya SUKAMULJO (INA)
Musashino Forest Plaza

07.30 pagi (GOLF) PERSEORANGAN LELAKI

GAVIN GREEN
Kasumigaseki Country Club

12.05 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) WANITA

NURASIYAH JAMIL & JUNI NOOR JAMALI
Enoshima

12.05 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) LELAKI

KHAIRULNIZAM MOHD AFENDY
Fujisawa

12.15 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) WANITA

NUR SHAZRIN MOHAMAD LATIF
Fujisawa