KUALA LUMPUR: Tiga sukan iaitu badminton, berbasikal trek dan terjun yang menjadi sandaran meraih pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, masing-masing mempunyai peluang dan cabaran berbeza.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, ketiga-tiga sukan itu yang telah mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa, sebelum ini sering menjadi harapan menyumbang pingat di temasya sukan dunia itu.
Namun, dengan cabaran serta kekangan dalam persediaan atlet sepanjang tempoh pandemik COVID-19, Zolkples berpendapat berbasikal trek menerusi jaguh negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memiliki peluang lebih cerah membawa pulang pingat emas berbanding badminton dan terjun.
Di Tokyo, beliau melihat Mohd Azizulhasni, 33, mempunyai peluang lebih baik dalam acara keirin berbanding pecut, namun juara dunia keirin 2017 itu tetap akan menerima tentangan sengit terutama dari Great Britain menerusi juara Olimpik enam kali Jason Kenny.
Beliau berkata keinginan Kenny yang meraih emas acara keirin dan pecut di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro untuk mengatasi rekod legenda berbasikal trek Great Britain Chris Hoy yang turut mengumpul enam pingat emas Olimpik pasti menambah darjah kesukaran dihadapi Mohd Azizulhasni.
"Kita juga jangan lupa saingan pelumba dari Australia, Belanda, Perancis dan New Zealand. Jadi ia bukan mudah tetapi tidak mustahil.
"Tambahan Mohd Azizulhasni sudah diuar-uarkan dengan basikal bernilai RM13 juta, sudah tentu rakyat nak tengok sama ada pelaburan itu berbaloi atau tidak," katanya yang berharap Malaysia dapat memperbaiki catatan empat perak dan satu gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro kepada Bernama, hari ini.
Isnin lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menetapkan sasaran tiga pingat yang satu daripadanya emas kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo dengan sukan badminton, berbasikal trek dan terjun menjadi sandaran utama dalam misi itu.
Pada masa sama, Zolkples berkata kekangan pandemik COVID-19 yang menjejaskan penyertaan atlet negara di kejohanan antarabangsa, selain kekurangan data mengenai prestasi semasa pasukan China memberikan cabaran besar kepada skuad badminton di Tokyo.
Menyedari tumpuan meraih pingat emas dalam acara badminton kepada perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, Zolkples berkata juara All England 2021 berusia 23 tahun itu bakal berdepan tugas getir selepas tidak diuji berdepan lawan sebenar menjelang temasya berprestij itu.
"Semua teruja dengan Zii Jia disebabkan beliau menang All England, tetapi kita jangan lupa banyak kejohanan yang beliau menang dalam persediaan ke Olimpik tidak disertai ramai jaguh dunia terutama dari China. Jadi kita tak tahu kekuatan mereka macam mana," katanya.
Zolkples berkata tugas getir Zii Jia di Tokyo bermula seawal pusingan kumpulan dengan beliau tidak boleh mengambil mudah cabaran lawan terutama pemain Perancis Brice Leverdez yang berpeluang menjadi 'pembunuh gergasi' selepas pernah menewaskan legenda negara Datuk Lee Chong Wei.
Sementara itu, beliau berkata sukan terjun turut berdepan nasib sama seperti badminton selepas kurang menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa, dengan peluang merangkul pingat dalam acara terjun lebih cenderung dalam acara seirama berbanding individu.
"Sebab bagi acara terjun seirama, China hanya boleh letak satu pasangan, kalau mereka menang pingat emas peluang untuk (kita) meraih perak dan gangsa lebih terbuka berbanding dalam acara individu apabila mereka dibenarkan letak dua penerjun," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan kesemua 30 atlet negara yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan pada temasya yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos itu mampu memperbaiki catatan terbaik sekali gus meraih kejayaan cemerlang dalam acara masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, tiga sukan itu telah mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa. - Reuters

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.

PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.

Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."