Tumpuan kem Malaysia kini tertumpu ke arah sukan berbasikal trek, terjun dan angkat berat yang dipercayai mampu 'membuahkan hasil.'
Pemenang pingat perak keirin lelaki di Tokyo 2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan beraksi dalam acara pecut yang berlangsung Rabu sehingga Jumaat ini.
Manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang akan beraksi buat kali pertama di olimpik beraksi dalam keirin wanita pada Rabu dan Khamis.
Izzah kemudian akan membuka kempen dalam acara pecut dari Jumaat hingga Ahad.
Manakala Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom Beraksi dalam acara utama mereka, keirin lelaki pada Sabtu dan Ahad.
Cabaran di kolam terjun pula, bakal menyaksikan Nur Dhabitah Sabri membuka cabaran pusingan awal acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Rabu (7 Ogos).
Sementara Bertrand Rhodict Lises pula akan beraksi dalam acara 10m platform lelaki pada Jumaat.
Begitu juga, badang negara Mohamad Aniq Kasdan yang menjadi juara di sukan komanwel dua tahun lalu akan membawa cabaran dalam kategori 61 kilogram angkat berat lelaki pada Rabu.