Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Bernama
Sat Jul 27 2024
Sehen diuji positif menggunakan steroid terlarang, metandienone dan boldenone dalam ujian di luar pertandingan pada Selasa. - Foto X/Italo Villafuerte
PARIS: Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris, Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
ITA menjelaskan bahawa Sehen diuji positif menggunakan steroid terlarang, metandienone dan boldenone dalam ujian di luar pertandingan pada Selasa.
Akibatnya, atlet berusia 28 tahun itu dilarang daripada bertanding, melatih, mengendalikan latihan, atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti semasa Sukan Olimpik Paris 2024.
Sehen sepatutnya bersaing dalam acara 81 kilogram pada Selasa.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini