NILAI: Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Lebuhraya PKBM Norazman Abu Samah berkata Nur Aisyah, 26, dipilih pada mesyuarat khas pemilihan di Velodrom Nasional hari ini, berdasarkan ranking dan prestasinya yang konsisten.
"Beliau merupakan pelumba paling konsisten, insya-Allah beliau tidak akan mengecewakan. Kita berharap dengan adanya bimbingan jurulatih Amir Mustafa Rusli yang pernah beraksi di Olimpik 2012, Nur Aisyah dapat mencipta keputusan yang baik.
"Selain Nur Aisyah, kita akan senaraikan lima pelumba, termasuk Phi Kun Pan (yang merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai bawah 23 tahun wanita Kejohanan Asia), untuk membantu beliau membuat persediaan rapi ke Paris. Ini bagaikan mimpi dalam mimpi kerana kita tidak jangka akan menerima slot ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Norazman berharap untuk mendapatkan sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan untuk merangka program latihan rapi buat Nur Aisyah menjelang saingan Paris 2024, termasuk pendedahan di Eropah.
Nur Aisyah yang berasal dari Terengganu, berjaya meraih dua perak menerusi acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan (lebuh raya) dan satu gangsa acara kriterium di Sukan SEA Hanoi tahun lepas, serta dua gangsa bagi acara berlepas berama-ramai individu dan kriterium pada Sukan SEA Kemboja, Mei lepas.
Di Sukan Asia Hangzhou, China bermula 23 Sept hingga 8 Okt, beliau menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dalam acara lepas beramai-ramai selain konsisten dalam kedudukan 10 teratas saingan Tour of Biwase Vietnam 2023 serta Tour of Thailand 2022 dan 2023.
Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad, Kun Pan dan Yeong Zhen Yi adalah pelumba lain disenarai pendek sebelum Nur Aisyah dipilih pada mesyuarat itu, yang turut disertai wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan negeri.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Datuk Amarjit Singh Gill menjelaskan bahawa Malaysia menerima slot secara merit itu selaku nombor dua Asia dan antara negara yang belum layak ke Olimpik menerusi Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia di Thailand, Jun lepas.
Kali terakhir skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan mempunyai wakil di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London menerusi dua pelumba lelaki negara Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Olimpik Paris 2024: Kekejangan kaki punca Nur Aisyah tidak tamat perlumbaan
Nur Aisyah diklasifikasikan sebagai Did Not Finish (DNF) oleh laman sesawang olympics.com/en/paris-2024 bersama-sama 13 pelumba lain.

Olimpik Paris 2024: Nur Aisyah tidak tamatkan perlumbaan
Nur Aisyah mencipta sejarah muncul pelumba berbasikal lebuh raya wanita Malaysia pertama beraksi di pentas Olimpik.

Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.