TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan pasukan terbesar di Malaysia pada ketika ini sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkaan penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun.
Ifedayo dalam satu temu bual Man on The Street pada April lalu berkata Selangor merupakan kelab terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah piala yang telah dimenangi pasukan itu sepanjang sejarah mereka dalam Liga Malaysia.
Bagaimanapun, TMJ selaku pemilik JDT berpandangan cara penilaian yang digunakan Ifedayo itu kurang tepat kerana berdasarkan keadaan semasa, JDT telah jauh meninggalkan Selangor daripada pelbagai aspek.
Menerusi strim langsung Nindia Bola bersama Hafizal Hamad dan wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, malam tadi, TMJ berkata: "Apa yang saya akan cakap hari ini, saya harap semua pihak boleh terima kerana saya tidak bercakap berdasarkan emosi tetapi saya bercakap berdasarkan fakta.
"Mungkin daripada segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT.
"Tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah kelab terbesar dalam negara.
"Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat.
"Berapa stadium yang Selangor ada? JDT ada empat.
"Pernahkah Selangor sewaktu zaman kegemilangannya memenangi Liga Super lebih daripada sekali? JDT hatrik, bukan sekali tetapi dua kali. Satu-satunya kelab dalam negara yang dapat melakukannya.
"Dalam zaman kegemilagan Selangor, pernahkah Selangor memenangi liga dengan rekod tanpa kalah? JDT menang dua kali dengan rekod tanpa kalah.
"JDT juga memenangi liga dengan rekod bolos terendah dan jaringan tertinggi dalam sejarah bola sepak Malaysia.
"Dan JDT juga pernah merekodkan 72 perlawanan tanpa kalah secara berturut-turut di laman sendiri.
"Dan hari ini, kami masih belum kalah di laman lawan sebanyak 33 perlawanan.
"Pernahkah Selangor menang kejohanan antarabangsa? JDT menang Piala AFC.
"Pernahkah Selangor bermain dalam Liga Juara-Juara Asia? Kita bercakap dengan senario bola sepak terkini bola sepak moden seperti hari ini, JDT sudah bermain tiga kali dalam Liga Juara-Juara Asia.
"Jadi itu adalah pencapaian-pencapaian JDT.
"Berapa ramai pengikut yang JDT ada dalam media sosial jika anda gabungkan daripada Twitter, Instagram dan Facebook? Lebih kurang empat juta. Berapa banyak pula pengikut yang Selangor ada dalam media sosial?
"Kita dapat lihat daripada segi nilai komersial.
"Saya bercakap berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan hati. Ia tentang apa yang telah dicapai (JDT).
"Jadi dengan kesemua pencapaian JDT di dalam dan luar padang, bagaimana Selangor boleh menjadi kelab yang lebih besar daripada JDT? Pada pandangan saya ia tidak logik," kata TMJ.
Astro Arena
Mon Jun 07 2021

TMJ (kanan) dan Hafizal Hamad ketika strim langsung Nindia Bola malam tadi. - Foto Astro ARENA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.

Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.

Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.

Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).

Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Kembara Mahkota Johor 2023 dipimpin TMJ bermula
Jelajah itu kembali diadakan selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 sejak 2019.

'Hendak jumpa arwah ibu', pesakit jantung terbalik adik Adam hembus nafas terakhir
Pesakit jantung terbalik Mohd Adam Amsyar, 11, yang bergantung dengan mesin oksigen untuk bernafas telah meninggal dunia di Hospital Pontian pada malam Selasa.

Kedah, Perak antara terawal minat naik taraf rumput Zeon Zoysia
Negeri yang berminat perlu pastikan kondisi fasiliti sedia ada termasuk sistem saliran air stadium berada dalam keadaan baik.

PRU15: Elak kekecohan, TMJ ingatkan bangsa Johor jaga tingkah laku
TMJ tidak mahu keharmonian dan keselamatan di Johor terjejas oleh pihak-pihak tertentu kerana PRU15 akan datang.